Eksaitednye.. ‘Ain nak gi sekolah daa..

Actually sekolah kat sini wajib pada usia 4 tahun. Sebelum usia tersebut, dikira tak wajib bersekolah dan hari mereka dihantar adalah mengikut usia, 2 hari untuk 2 tahun, 3 hari untuk 3 tahun dan seterusnya. Pada usia 4 tahun, masih boleh skip sekolah lagi contoh kalau nak gi bercuti. Tapi bila dah sekolah menengah, kena denda kalau anak tak pergi sekolah. Rasanya Eur1000 jugak kot untuk satu hari tak hadir sekolah.

Dah lama mengidam nak hantar ‘Ain ke sekolah tapi susah nak daftar ke sekolah. Kat sini, sistem Belanda biasa sekolah dekat dengan rumah. Pastu, bilangan murid dalam kelas tak boleh melebihi had yang telah ditetapkan. Jadi adakala kena pergi kat sekolah jauh dari rumah bila kuota dh penuh. Oleh itu kena daftar dengan agensi yang berkenaan dan mereka akan beritahu sekolah mana yang masih ada kekosongan.

Untuk aku pulak, sebab ‘Ain akan ke special school, maka kami guna saluran lain. Alhamdulillah, permohonan untuk dapatkan bantuan kewangan dari city hall diluluskan. Hari ini aku terima panggilan dari cikgu sekolah tu mengatakan ‘Ain boleh start sekolah minggu depan. Hari yang ditetapkan Selasa hingga Khamis. Jadi bolehlah ‘Ain start ke sekolah yang jauhnya <1km dari rumah. Masa terima panggilan tu pulak, aku duk di Utrecht berwindow shopping. Terus gi beli baju2 dan suar murah ‘Ain kat C&A. Nasib baik ada sale sikit2.

Masa first time aku gi sekolah PINO, diaorang dah siap2 kasitahu apa nak bawak ke sekolah.

  • Sepasang baju gantian: Sebab diaorang pun suh budak2 main kat luar, atas pasir dan atas tanah.
  • Pampers dan tisu cuci: Kata cikgu, nanti diaorang akan tolong toilet train ‘Ain.
  • Susu sekotak, air jus dalam kotak
  • Buah-buahan: Epal, limau etc
  • Ni paling best, bekal makan tengahari iaitu ROTI dan hanya ROTI. Muhahahah.. Belanda style makan roti 2 keping jek masa lunch. Harap ‘Ain tak KELAPARAN. Konfem lepas sebulan ‘Ain teror makan roti jek masa lunch.

Masa duk borak ngan hubby, katanya aku lah yang hantar ‘Ain gi sekolah pagi2 sebelum masuk opis. Tapi rasanya cabaran paling besar adalah nak kejut ‘Ain bangun pagi. Seb baik sekolah start kol 9 pagi pahtu dekat plop ngan umah. Boleh la nak bungun kol 8 pon..

Satu lagi benda tak beli, lunch box. Aduyai.. kena gi carik kat Action gamaknye esok.. Mintak2 ada gambar Dora atas lunchbox tu.

p/s; ni ke budak yang nak ke sekolah tu?

Advertisements

4 responses to “Eksaitednye.. ‘Ain nak gi sekolah daa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: