Keropok Lekor standard KL.

Aku rasa sangat tension lepas 3 hari berturut-turut aku tak tidur. Biasanya lepas aku tidurkan (aku tidur dengan) ‘AIn, lebih kurang jam 8 malam, aku akan bangun jam 2 pagi sampai keesokan untuk kerja. Lepas tu tak tidur sampai lah malam. Selama 3 hari aku buat gitu dan pada malam keempat, aku tewas dan tidur sampai pagi.

Untu hilangkan tension maka pada hari Jumaat masak keropok lekor. Dah lama aku search recipe dan aku jumpa dalam my recipe. Maka aku pun cubalah. Resepi dia kat bawah ni, aku ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/6657. Katanya resepi nih dari nenek dia. Biasanya kalau orang tulis gitu, aku akan percaya resepi tersebut dan akan cuba.

Bahan2

  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air
  • 1. Asingkan isi ikan dari tulang. Aku plak tak asing pun isi ikan ngan tulang. Dah ikan aku jumpa pun kecik2 je. Pahtu aku top up ngan sardin dalam tin. Jadilah jumlah berat ikan 625g.

2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.

3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…

4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²… Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…

3.Aku pulak letak semuanya dalam mesin. Biar mesin yang uli sampai sebati.

4. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.

5. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

Selepas merasa resepi ini aku capai beberapa kesimpulan. Satunya kena cari ikan yang seperti tertulis tu atau yang rasanya sesedap seperti yang dalam resepi. Pastu rasanya kena kurangkan tepung gandum dalam resepi ini sebab rasanya kurang umph.. so lum capai standard klate or ganu agi.. Hubby kata baru standard KL. Akan mencuba lagi masa akan datang. Oh yer, aku berjaya siapkan resepi ini dari awal sampai akhir dalam masa kurang dari 1 jam. NOt bad kan.. kredit to mak mertua untuk sos kerpuk yg besh itu. Hubby kata kna berguru nge mok dio nati.. Heheh..

update 26/2/2011: Aku call mak (sifu aku) pagi tadi. Dan bagitahu aku buat keropok lekor. Katanya, tak payah letak tepung gandum pun. Just tepung ubi/kanji pun dah cukup. Rasanya kalau korang nak keras2 letak tepung gandum, kalau nak yang memang liut2 tu tak yah letak langsung. Pastu mak aku cakap, cuba try xpayah rebus yang dah diuli tu. Salut sikit dengan tepung untuk senang dipotong dan terus goreng. Jadi untuk next batch for sure aku nak try resepi nih.

p/s: Kalau lah Statistical analysis leh disiapkan dalam masa 1 jam kan beshh…

 


2 responses to “Keropok Lekor standard KL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: