Owh bezanya budaya!

Hari Jumaat adalah hari di mana aku betul-betul suka. Salah satunya adalah kerana esok hari Sabtu, hari cuti. Mesti orang ingat student life leh cuti bila-bila, tak yah fikir sangat pasal kerja. Kalau life student sebelum akil baligh (zaman undergrad), ya, tapi kalau postgrad, life dia macam kerja, dan perlukan perancangan hala tuju tersendiri yang teliti.

Tapi itu bukan sebab aku menulis post ini. Tadi waktu aku tengok dalam wall FB, terpampang pulak tulisan kawan yang asalnya menuntut di Jepun tapi sambung pengajian di Wageningen untuk 6 bulan sebelum kembali ke sana lagi. Dia terperangkap di lab gara-gara asyik sangat, padahal baru pukul 9 malam. Kalau di Jepun, istilah pulang awal itu memalukan. Kalau di sini, datang punctual dan pulang pun punctual amatlah di amalkan. Pahtu kalau balik awal pun, boleh bagitau je kat opismate. Siap diaorang ucap have a nice weekend. Tak ada sindiran atau sebagainya.

Paling best adalah jawapan kawan aku sorang lagi pada dia:

Jangan kerja lama-lama sangat, lagi-lagi malam Jumaat. Ingat, ini Belanda bukan Jepun. Waktu kerja hanya 09 hingga 17 aja!

Lagi satu, waktu kerja ikut jam kerja seminggu. Cukup jam, boleh balik. Mungkin kat sini mereka amat pentingkan keluarga.  Bagi yang ada anak, waktu boleh disingkatkan maksudnya boleh kerja 3 hari seminggu atau kerja pagi sahaja. Sebab lepas tengahari, boleh ambil anak di nursery dan balik rumah.

Aku pulak cuba sedaya upaya kerja waktu di pejabat aja. Balik rumah untuk spend quality time ngan family. Ingat, dalam hidup ni bukan PhD/ kerja je matlamat kita, family pun penting jugak!

p/s: Beza undergrad dan post grad untuk aku adalah single dan berkeluarga. Fokus terus beza lepas postgrad. Itu buatkan otak tak seefisien macam zaman bujang. Tapi siapa kata wanita berkeluarga tak leh buat? walau kena masak, kemas rumah, jaga suami dan anak, wanita tetap kuat!!

Advertisements

6 responses to “Owh bezanya budaya!

  • Farina

    Budaya mat salleh nih work smart bukan work hard. Beza dengan orang Jepun, dorang work hard. Jai suh saya buat post-doc kat Jepun kalo ada rezeki, but saya warning dia awal2, orang Jepun work hard, he might not see me during the day at all.Hahaha.

    Saya suka je prinsip work smart nih. Asalkan kerja kita jalan sudah, tak kisahlah start/balik keja kul bape pun. And yes, family is important =)

    • Riani&Ridzuan

      Yep Farina, kak yani pun suka kalau work smart nih. Heheh nak g jepun.. mmg menarik tp like you said la, kang xpasal2 xjumpa plak kan.
      Heheh.. ckp pasal post doc, kyani rasanya nk kembali ke wageningen. Kat sini orgnya friendly2 blake, lebih dr utrecht.

  • hah

    bg aku..org yg suka buat kerja opis selepas opis hour adalah org yg xpandai buat kerja..pernah jugoplah aku tergolong dlm tuh. Terpaksa gunakan waktu lain sbb tak pandai buat kerja n tak pandai arrange masa utk siapkan kerja pd waktu keje. So work smart ok!

    • Riani&Ridzuan

      Heehehehe.. tu lah.. Cuma kadg2 bila ada deadline esp bila smbg blajar nih, dgn kelasnya, assignment pulak pahtu kalu tetiba planning xmenjadik, maka for sure lah ada yg kerja smpai ke rumah. anyway, bagus2 klu mung amalkn keje di opis je. Kat umah leh spend ms ngan ank and suami.

  • faza

    this really inspired me, kak yani!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: