Alangkah!

Hari ini hari pertama konferens SVEPM (Society of Veterinary Epidemiology and Preventive Medicine) di Leipzig.

Aku dah letak poster pagi2 lagi sebelum masuk ke workshop tentang ‘How to fit complex statistical model’. Bila masuk kelas statistik terus teringat masa msc dlu amik modern methods of data analysis.

Lepas workshop, lunch yang tak mengecewakan walaupun tak boleh makan ayam, nasi ada! Jadilah dari takdek apa2 langsung. Masa ni aku jumpa Francisco (kawan sekelas masa Msc) dan Mirjam. Kemudian berkenalan dengan beberapa orang dari Uni Copenhagen. Salah satunya rakan muslim yang datang dari Bangladesh dan rakan dari Jepun.

Kemudian aku ceritakan pasal kisah nak datang sini, di mana polis periksa dokumen aku bukan dekat sempadan Jerman, tapi lepas Hannover. Pulak tu periksa lama sangat, ada dalam 10 minit. Pelik tapi disebabkan aku tak ada salah apa-apa maka aku pun tak kisah lah. Tapi lepas polis periksa aku, datang seorang makcik. Dia cakap,

“I’m so ashamed of what the policeman just did. He shouldn’t be doing that to you. I’m so sorry.”

Terkejut aku mendengarnya, tapi dalam masa yang sama berfikir, betul juga apa yang makcik tu beritahu. Dan pelik sungguh bila polis memeriksa aku siap telefon ke sana-sini semata-mata nak konfemkan aku nih betul student dari Holland. Nasib tak ada apa-apa. Namun apa yang turut mengejutkan adalah budi bahasa mereka. Tak sangka mereka amat prihatin dengan kita (aku yang bertudung litup ni).

Teman aku dari Bangladesh pula bercerita bahawa dia pernah ditahan di Australia semasa nak memasuki negara tersebut tahun lepas untuk konferens. Bahkan dia disuruh membuka tudung di hadapan pegawai tersebut.

“He didn’t believe that I came with Copenhagen Uni and that I worked there. I told them many times. They said that I’m the one who should be paying them, and not them.”

Teruk sungguh imigresen Australia, sedangkan kawan aku dah ada resident permit. Ini buatkan aku terfikir, beginikah layanan masyarakat asing pada muslimah lain di seluruh dunia? Diperlekeh sebegini rupa.

Teringat pula kisah Nia, teman dari Indonesia yang pernah dikasari di Kuala Lumpur oleh pegawai polis. Pegawai polis tak percaya Nia datang untuk konferens di Malaysia, dan dia pulak waktu itu tertinggal pasport di hotel. Maka terpaksalah dia ke hotel.

“This is all because of a lot of immigrants from Indonesia in Malaysia.”

Tapi perlukah kita berkasar dengan orang lain? Perlukah kita bersikap seolah-olah mereka bukan manusia hanya kerana mereka terlalu ramai di Malaysia?

Beralih pada kisah lain adalah perbezaan antara Denmark dan Belanda. Kata mereka, Denmark negara yang sara hidup amat tinggi. Contohnya, kata Francisco, dia tak pernah nak berjalan dari satu bandar,

“Well, I’ve never travel from Copenhagen to other city..”

Kemudian dipintas teman dari Jepun,”There is no other city than Copenhagen in Denmark. It’s just villages.”

Hahah tergelak aku dengar, sedasyat-dasyat Belanda, dasyat lagi Denmark.

Sambung Francisco,”Travelling in Denmark is very expensive. I used to travel to other cities in Netherlands because train fare is cheap. But in Denmark, I never do like that anymore. There is no korting (discount) card like in The Netherlands. They didn’t even know what korting is!”

Lepas tu katanya lagi,”Denmark is very-very dark country. I mean, they really save their energy by having only candles at night and the lights on the street is very dim. I mean, its really dark.”

Aku tak boleh bayangkan kegelapan tu sebab rasanya kat Belanda pun gelap jugak.

“In the weekends, it is really2 quite and in the middle of the city, there is no car. No car at all! You can sleep on the street.”

Rasanya lebih kurang dengan kampung Wageningen tapi kalau nak banding dengan KL, huhuhu sangat lah jauh bezanya.

Teman dari Jepun juga menambah,”Eating outside is really expensive, very expensive that I think it’s better to cook at home.”

Kes ini sama dengan Belanda tapi di Belanda lagi banyak choice dari fries, kebab dan makanan cina.

Tapi mereka berdua bersetuju bahawa bila musim panas, cuaca sangat bagus untuk melawat Denmark dan pemandangan sangat menarik.

Ada lagi satu kisah menarik mengenai orang cina. Kata teman dari Bangladesh, ramai orang cina menetap di Bangladesh, dan orang Bangladesh suka makan makanan cina.

Kata teman dari Jepun,” There is no chinese shop, chinese fast food or chinese comunity in Copenhagen. There are only Thai people. I don’t know why.”

Wah ini sudah pelik, orang cina tak ada di Denmark. Aku tahu orang cina ni memang merantau ke seluruh dunia, tapi bukan di Denmark? Aneh?

“So, its really frustrating to find asian ingrediants in Denmark.”

Aku boleh bayangkan begitu, sebab sepelik-pelik Belanda, segala jenis kedai Indonesia, Cina, Thai, termasuk fast food Cina, Indonesia, Thai, Surinam, Turki, Moroko wujud.

Lepas tu aku tanyakan pasal makanan halal, itu katanya senang nak cari. Jadi rasanya ada harapanlah nak melawat Copenhagen nanti.

p/s: Seronok mendengar kisah pelik



2 responses to “Alangkah!

  • chedah

    hehehe..kelakarla bile bc ayat yg francicso ckp.dh blh bygkan camana intonasi dia..hehehe..kondifen.teringat kes sebutan chipknip adelah cip kenip kat belanda…hihi…tp yg diorang cite psl denmark tu betullah gamaknya, sbb org pernah nmpk kat yahoo news yg tajuk dia ckp kat ngra mana dlm dunia takde org cina..jwpn dia denmark..klu ambo tak silaplah.hehehe..mahal tu pun slh satu faktor kot kan..perghh..nsb kat belanda ada kdi mcm2 bangsa…blh jgk hidup kan 😉 anyway, org tgh busan, so korek blk blogpost yg lama2..hehe =D

    • Riani&Ridzuan

      Tu la.. diaorg ckp bosan plak takdek kedai cina. Susah nk cari bahan2 nk mkn.. Francisco plak mcm tula, ckp bersungguh. Dia menang best poster svepm 2011, terus mabuk malam tuh. oo ko ke yg duk bc post2 lama tuh. Terkejut tgk stat byk sungguh ingat peminat mana lah nih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: