3 hari 3 malam! : Sate & BBQ untuk majlis perpisahan Sharul & Fiza

Sejak 2 minggu lepas, warga Wage sibuk dengan agenda baru bulan ini iaitu BBQ  untuk meraikan perpisahan Sharul & Fiza. Sharul sudah setel wriitng thesis, tapi tak sempat defense jadi dia akan pulang dulu ke Malaysia. Jadi kami di Wageningen bersepakat untuk mengadakan special edition BBQ untuk mereka. Menunya adalah : SATE!

Aku boleh buat kesimpulan bahawa, tanpa team work, kesemua ini akan sukar dicapai. Lebih-lebih lagi dari part memikirkan bahan mentah hingga pada nak mencucuk sate dan lain-lain aktiviti memerlukan masa dan tenaga semua pihak. Jadi syabas untuk warga Wage yang komited dengan BBQ ini walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan masa weekdays.

Kenapa 3 hari 3 malam?

Minggu lepas aku kerja hari Sabtu dan Ahad sebab aku ada meeting hari Selasa. Lepas tu aku agak rileks dan boleh menumpukan perhatian pada kerja-kerja organising BBQ ni. Hari Selasa aku dah sibuk buat aturan hari kerja iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Aku bahagikan tugasan siapa kena hadir hari Jumaat dan siapa patut hadir hari Sabtu.

Hari Jumaat: Aku kerja half day. Kemudian, petangnya aku call Fatimah sebab nak cari alatan untuk sukaneka. Tapi Fatimah cakap dia nak siapkan kuih-kuih dulu, kemudian ke toko. Jadi kami berjanji jumpa di Toko. Aku habiskan serai di toko (20 batang serai) untuk 8 kg daging dan ayam. Kemudian beli kacang 2kg. Kami kemudian makan aiskrim dulu sebelum ke Wibra dan last sekali kat Action sebab nak beli bahan sukaneka.

Petang Jumaat: Naim kata nak masak Nasi Beriani style Malaysia. Jadi dia dan Fatimah balik dulu sebab nak masak. Kemudian Fasli dan Mamat sampai ke rumah. Diaorang mula kupas 20 labu bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian Huda sampai, dan memotong serai. Kacang pulak kami bakar dalam oven, suhu 100 degrees celcius dalam 20 minit. AKu tak tahu pulak boleh buat gitu, tapi memang bagus guna oven, tak hangit. Lepas dah setel, kami duk borak2 sambil makan keropok dan minum air. Naim tiba ke rumah jam 8 malam. Lepas tu masing-masing terus makan. Siap makan, aku sambung kerja buat marinate dan yang lain tolong potong daging dan kupas kulit kacang. Kacang 2kg tu rumit jugak nak membuatnya, tapi sambil mengumpat, bergosip dan bergelak ketawa dan menonton movie, berjaya jugak setelkan semuanya jam 12 malam.

Pagi Sabtu: Misi hari ini adalah mencucuk daging yang sudah siap dipotong. Kak Mai dan Mbak Rina antara yang datang tolong. AKu pagi2 dah masak nasi lemak. Manakala Kak Mai bawakan pizza Dr Oetker 3 kotak. Jadi sebelum start kerja, masing-masing makan dulu. Lepas tu aku dan Mbak Rina try masukkan gula dalam marinate, tapi aku rasa kalau gula lagi banyak, mesti lagi sedap.. takpe next time dah tahu, daging 8 kg, gula nak-nak 1.5kg kena letak dalam marinate. Apapun, aku campurkan serai, bawang putih, halia, ketumbar dan jintan. Kemudian gaulkan pada daging dan ayam. Kemudian aku suruh Naim marinate kepak ayam. Kami guna resepi untuk 10 kepak ayam, guna 3 sudu kicap manis, 1 sudu kicap masin, 1 sudu honey, 1 sudu sesame oil dan 3 sudu kicap cendawan.

Waktu tengahari jam 12 kami stop sebab nak makan nasi lemak tadi dan kemudian solat. Lepas tu berjaya setelkan cucuk 500 sate jam 2 petang. Aku dan Fatimah juga berjaya buat kuah kacang!! Kredit pada nenek Fatimah atas resepi! Resepi kuah kacang untuk 500 cucuk sate adalah:

Bahan-bahan

1 1/2 – 2 kg kacang
bawang putih 2 labu
cili kering yang besar dalam 20 biji (nak pedas sila tambah)
garam
gula
air asam jawa

Cara-cara membuat

-kacang digoreng tanpa minyak sampai kuning, jangan hangus, jangan mentah
-tumbuk bawang putih dengan garam sampai hancur
-blend cili kering
-tumis lada yang dah diblend sampai keluar minyak
-letak lada putih dan tumis sampai naik bau
-masukkan air ikut sukatan yang kita nak (jgn cair sgt)
-letak garam, gula, air asam jawa
-masak sampai mendidih dan letak kacang
-masak seketika..siap

Lepas dah siap2, semua balik dan aku pulak mandi dan semua bersiap nak ke pasar di pekan. Nak cari bahan untuk masak malam ni dan final barang untuk BBQ esoknya.Aku bagi suggestion malam tu makan yong tau foo, jadi kami beli lah bahan-bahan nak masak termasuk mee udon dan fish ball. Aku pulak prepare kuah yong tau foo. Lepas balik, kami masak dan makan. Jam 11 malam, masing-masing dah ngantuk dan balik.

Pagi Ahad: Kami janji nak start cycle dari rumah jam 9 pagi. Tapi nampaknya berlaku kekeliruan sebab kami sebenarnya tak tahu siapa nak angkut BBQ set! Lepas dah setel semua, kami bertolak jam 9.50 pagi. Lepas dah sampai, kami mulakan api dan bakar sate.

Resepi 500 cucuk sate aku guna bahan-bahan (Juga kredit pada nenek Fatimah atas resepi)

Blend
-serai (20 batang)
-bawang putih (20 labu)
-bawang merah (2-4 labu)
-halia (saiz 2 ibu jari kaki)

rempah kasar (jgn diblend)
-ketumbar
-jintan manis
-jintan putih
-kulit kayu manis

Masukkan gula sangat banyak. Bila buat kali pertama sate ni, aku regret tak letak gula (kami hanya letak 300g je gula) banyak sebab tak rasa manis sangat. Tapi nasib baik kuah kacang sangat sedapppppp… so boleh cover2.

Kemudian makan ramai-ramai.

Kemudian ada acara sukaneka.

Acara basikal lambat. Pemenangnya adalah Sharul. Acara ping pong dalam sudu kategori perempuan. Pemenangnya adalah Fatimah.

Acara lari ikat kaki berduet dengan pasangan. Pemenangnya adalah aku n hubby!Acara lari dalam plastik sampah kategori bawah 5 tahun. Pemenangnya Hani.

Majlis tamat jam 4 petang. Untuk event ini, sekali lagi ada group photo.

Aku balik rumah terus masak nasi ayam sebab ayam BBQ tak habis pun.

Semalam Sharul dan Fiza menginap di rumah kami. Bila diaorang pulang, aku terasa sayu sangat-sangat. Tapi hati ini berkata, 3 tahun lagi aku mesti balik dan aku mesti dah habis PhD! Insyaallah!

p/s: Another motivation nak habiskan PhD!


2 responses to “3 hari 3 malam! : Sate & BBQ untuk majlis perpisahan Sharul & Fiza

  • sha

    cheq….2 part yg aku suka..(mayb blh cedok aktivitinya)..iaitu sukaneka yg korang main..hihi…

    part yg 1 lagi..motivation mu nk blk mesia dn habiskan phd mu..huhu..aku master pon msh dok terkial2 lagi nk submit borang pikir kat anak2..haha…

    doakan aku jugak cheq..at les buat master..hihi..jmpa mu 3 thn akan dtg..insyaallah…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: