Doa seorang ibu.

“Biar tak banyak duit, asalkan makanan diberi pada anak adalah Halal.” Kata suami aku.

Asal perbincangan kami hari ini berkisar pada

Jangan anggap aku tak menyokong produk buatan Malaysia. Sebenarnya bila aku membaca iklan ini, aku rasa agak skeptikal. Jadi aku ajukan persoalan pada suami. Adakah kalau memberi susu ini pada anak kita, kita akan menghasilkan anak yang benar-benar solehah?

Soalan aku lagi, adakah kita semua amat sibuk untuk mengajar anak membaca al-quran hinggakan bahan makanan perlu diletakkan terapi Al-Quran? Sama juga dengan air terapi ayat Al-Quran, adakah kita tak ada masa nak baca Al-Quran yang nilainya adalah pahala dari Allah berganda-ganda kalau membacanya hinggakan perlu sedemikian rupa berebut-rebut nak minum air itu?

AKu berkata pada suami, perlu ke letak terapi ayat Al-Quran dalam produk bila mana kismis, badam dan kurma sudah mencukupi untuk aku membeli produk tersebut.

Lantas suamiku berkata, sebenarnya kalau nak dijadikan cerita, kurma dan madu sudah memadai. Di zaman Rasulullah SAW, Rasulullah SAW amal makan kurma dan madu aja.  Anggur kalau nak kira bukan ditanam di negara arab pun. Anggur ni asal dari negara Turki.

Sambungnya, terapi ayat Al-Quran pulak macam orang sembahyang hajat la letak air kat depan. Pastu air tu untuk diminum. Tapi sebenarnya, paling elok sekali yang nak berhajat tu sembahyang sendiri.

Lantas aku tanya, “Habis yang bawak pen gi mintak Tok guru doa tu apa?”

“Owh, itu mintak berkat. Tapi tak semua macam tu kan. Ada sesetengah orang berlagak, sampai telaga pun diludahnya. Konon2 barakah.” Jawab suami.

Bagi aku, perlu ke? Sedangkan sendiri pun boleh solat hajat memohon pada ALLAH SWT agar dipermudahkan segalanya.

Berbalik pada perbincangan kami pula.

Aku berkata,”Bang, harganya RM48 untuk 650g.”

“Owh, mahalnye. Kalau abang, rasanya tak beli dah. Abang tak ada duit”

“Abang rasa, yang penting sumber makanan tu mesti pastikan halal. Sebab tu jangan nak ngelat masa kerja,  kerja ikut gaji atau amanah yang diberi dan takpelah tak kaya, janji sumber berkat. Lepas tu tak kisahlah kasi apa pun kat anak, yang penting halal. Pastikan didikan ibu bapa pun seiring dengan kehendak nak lahirkan anak solehah. Faham tu. ” Kata suamiku.

Nampak gaya aku pun setuju dengan kata-kata suami.

Dan akhirnya suami berkata, “Tapi tak salah nak beli. Sebab itu salah satu usaha kita untuk melahirkan generasi Islam yang berakhlak mulia.”

p/s:  AKu rasa kalau usaha nak masak di rumah adalah lebih baik bukan sahaja untuk anak tapi suami/ isteri. Sebab masa tu bolehlah nak terapi dengan doa dari seorang ibu/ isteri /suami moga anaknya dapat jadi anak yang solehah dan semoga suami /isteri kekal berkasih dengan kita. Lagi kelass… 2 in 1 gitew!

6 thoughts on “Doa seorang ibu.

  1. yezza betul tu yanie.

    Kalau anak dah makan itu semua memang smua dah cukup. Tapi syahmi, enggak mau badam, kurma dan kismis…padahal tu mknn yg paling bagus n sunnah Rasullah. Mungkin byk sebabnya Rasullah mengamalkan makan benda2 tu…dari segi kesihatan masa pjg, tenaga atau wat ever lah yg kita x dpt jangkau..huhu.

    Yang letak terapi ayat Al-Quran…maybe x perlu. Baiklah kita sendiri yg buat. Tapi setakat ni tadak masa sgt nak buat smua. Just doa aje ler..huhu.

    Semoga anak-anak menjadi anak yg terbaik. Amen.

    p/s: aku bli 1 utk try..kalau dia minum..baru beli byk..dpt murah. Harga agen..hihi

    • Hah, Ain makan semuanya. Kismis makan, buah2 makan, nasi pun makan.. alhamdulillah tak cerewet sangat. Cuma bila dia tak ada selera sangat aku buat bubur nasi je la. Insyaallah cukup nutrient semua dalam tu. Pastu Ain minum susu banyak..

      Aku nak tunjuk kat Áin yg mama dia boleh masak untuk dia, boleh tunjuk perkara baik mcm mengaji dan solat. Mungkin dia takkan faham skrg tapi nanti dh besar dia akan buat perkara sama utk anak dia jugak..

  2. Setuju pendapat Kak Yani. Kita dgn Allah S.W.T. boleh direct doa, mintak baik2. Tak perlu ada perantaraan yang bukan2. Tambah2 lagi kalau perantaraan yang harganya kemain mahal macamtu. Silap2 haribulan lebih percaya pada kuasa makanan daripada kuasa doa. Hehe..

  3. yup cheq…suami aku pon selalu pesan…nk bl mknan bg anak mkn…tgk dulu kehalalan dia…hihi..nati kalu anak x dgr ckp…mrh anak..pdahal mak ayah bg mknan yg x psti sumber halal itu..huhu…

    • Sha, aku dan suami skang nih kira jam kerja… sebab suami aku cakap, setiap perkara ada hak. Hak untuk waktu kerja, hak untuk waktu anak, hak untuk suami dan hak untuk Allah. Insyaallah kalu semua hak ditunaikan dengan baik, rezeki halal, anak dengar cakap, suami pun sayang..

Leave a reply to sha Cancel reply