Sup ayam Hadnyai

Sup ni aku cuba lepas beberapa kali hubby cakap sup ayam biasa berasa agak tawar. Jadi, aku google banyak kali sup ayam kut2 ada sup ayam yang masaknya cara lain. Inilah hasilnya.

Bahan-Bahan

•800 g ayam, dipotong sederhana besar
•5 batang serai, dititik
•7 cm lengkuas, diketuk
• 2 batang saleri & 1 batang carrot, dikerat2
• 2 biji tomato, belah 4 setiap satu.

• 5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 kuntum bunga lawang#
• 5 biji buah pelaga#
• 3 kuntum bunga cengkih#
• 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
• 5 biji bawang merah*
• 3 ulas bawang putih*
• 3-4 biji cili padi*
• 4 cm halia*
• 2 camca besar ketumbar*
• 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus atau ditumbuk lumat)
• Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
•Bawang goreng dan perahan air limau, untuk lebih masam & hiasan


Cara-cara

1.Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Aku duk negara orang, jadi serai tu aku jimat sket tak letak banyak.

3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.

4. Tuang air (aku tak letak byk sgt) dan masukkan saleri dan carrot. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.


5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Kalau ada chicken stok, tambahkan sikit just nak kasi rasa lebih sedap. Tak perlu satu cube pun.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Masa ni aku suka tambahkan ketumbar dan jintan sebab kedua-duanya yang naikkan rasa.
8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, perahan air limau dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..

p/s; Resepi kredit untuk http://inaku79.blogspot.com/2010/07/sup-ayam-hadyai.html

boleh juga google sup ayam hadnyai eg http://www.myresipi.com/top/detail/3511.

Advertisements

2 responses to “Sup ayam Hadnyai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: