Tuan rumah pulak yang excited!

Masa aku mula sampai di Holland pada tahun 2008, aku terasa rindu dengan anak, rasa rindu dengan suami dan banyak masa aku fikir tentang perkara lain termasuk mencari rumah selain dari study. Jadi aku berkurung dalam bilik, resah dan gelisah bila aku tak jumpa rumah sebab susah dan mahal nak sewa rumah. Aku menyewa di Amsterdamsestraatweg mulai June, 2008 sampai December, 2008. Tuan rumah seorang yang susah nak dicari dan memang tak mahu ada baby dalam rumah itu sebab ada seorang lagi penyewa dalam rumah tu, Anna. Anna tak kisah kehadiran baby tapi tuan rumah aku kesah. Maka bermulalah episod mencari rumah sehinggalah aku dipertemukan dengan tuan rumahku, Paul.

Paul sangat baik hati dan menyediakan segala kelengkapan yang aku perlukan sehinggakan baby cot pun dia beli. DI samping itu, Paul baik hati tolong aku pindah ke Bilthoven. Jasa Paul memang tak aku lupakan sehinggalah aku pindah ke rumah yang sama mahal dengan di Utrecht tapi lebih besar dari di Utrecht. Lebih mesra gitu sebab aku dikelilingi jiran-jiran orang Malaysia.

Semalam, waktu aku di pejabat dan duk tengah asyik buat kerja, Hurria iaitu opismate aku panggil aku. Jarang-jarang kami borak masa kerja tapi nampaknye urgent.

“Yanie, kamu ada rumah besar kan?”. Tanya Hurria.

Sebelum ni aku pernah beritahu opismate harga sewa dan berapa besar rumah aku. Maka aku angguk mendengar soalan itu.

“Kenapa?”

“Teman saya yang tinggal di bilik dekat Bornsesteeg nak kena halau. Dia ialah isteri Ade. Ade pula di Ethiopia.” Ade tu teman PhD dari Ethiopia. Dia pulang ke sana sebab nak collect data.

Oke, aku mendengar denga teliti. Jadi apa masalahnya sampai kena halau ye? Jadi aku tanyakan pada Hurria.

“Dia ada anak 2 tahun. Dekat sana anak tak boleh bawak. Jadi kena halau. Dia dah cuba cari bilik lain, minggu lepas dah hampir nak sign contract tapi bila orang tahu ada anak, terus tak jadi.”

Aduh, apalah malang tinggal di negara yang dahlah rumah susah nak dicari tapi tak kasi tinggal di bilik bersama anak! Lebih dasyat dan jelik aku dengan Belanda sebab welfare untuk kucing lebih baik dari untuk manusia. Naluri keibuan dan pengalaman pahit pun menjelma lagi.

Nak dijadikan cerita, aku pulak memang nak subrent bilik tapi untuk temporary sahaja. Ni disebabkan kami tak gunakan bilik ketiga. Jadi alangkah baik kalau disewakan. Dapat bayar sewa rumah ni dan bolehlah saving sikit buat bekal balik Malaysia takpun extra money untuk pergi bercuti tanpa perlu korek duit dari Malaysia. Alhamdulillah, tuhan mendengar doa aku.

Jadi aku bersetuju lantas memberikan nombor telefon aku pada Hurria.

Kemudian aku telefon hubby nak mintak izin nak subrent bilik. Suami bersetuju walaupun pada asalnya kami prefer lelaki sebab hubby tinggal di rumah untuk kerja.

Tak sampai satu jam, dia menelefon. Kami berjumpa sejam selepas itu di cafe Leeuwernborch. Perkara pertama aku beritahu padanya, “Kamu nampak sungguh muda!.” Okey, habislah kang takut laki termengorat.

“Kamu dari mana?”

“Dari kelas. Saya ambil master Plant Pathology. Anak saya di day care tiap hari”

Wah, terkejut aku mendengar ceritanya. Gigih betul ibu ini! Hampir sama dengan situasi aku cuma suaminya pelajar dan tak ada disisi sekarang.

Umurnya 25 tahun. Namanya Habtamnesh, seorang muslimah. Kalau Hurria sudah bergaya seperti orang Belanda walaupun Islam, Habtamnesh pula masih berselendang atas kepala.

Dia pun memulakan cerita mengenai mencari rumah. Nampak bergenang air matanya. Aku memang boleh faham!

Aku sudah berfikir mengenai apa yang aku nak beritahu padanya termasuk serba sedikit undang-undang dalam rumah. AKu juga memberitahu Habtamnesh bahawa aku akan sewakan bilik instead bagi je dia duduk sebab itu lebih baik untuk perasaan aku dan juga untuk dia. DIsamping itu aku beritahu dia agar boleh menjaga aurat dalam rumah sebab takut suami aku kurang senang. Itu sahaja syaratnya.

Dia angguk tanda faham dan setuju. Katanya, memang susah nak cari rumah, jadi bila aku boleh tolong, hatinya sangat gembira.

Sambungnya, “Sekarang saya boleh belajar dengan tenang untuk hadapi exam pada 30 May!.”

“Alhamdulillah.”

p/s: Apa yang excitednya? Tuan rumah ni dah siapkan katil, meja study, baby cot dan almari! Harap2 tetamu selesa!

Advertisements

2 responses to “Tuan rumah pulak yang excited!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: