Merancang kehamilan: IUD atau Implanon ?

Aku telah gunakan Implanon slama 3 tahun. Kemudian, aku beralih pada Mirena IUD sebab aku nak cuba untuk birth control yang boleh tahan lebih lama. Lagipun, kat sini, birth control di cover oleh insurans walaupun harganya Eur130. Jadi aku kini pengguna IUD sejak sebulan yang lepas. Implanon pun harganya mahal, seingat aku RM400 rasanya kalau tak mintak dengan LPPKN.

google: Prosedur masukkan Implanon

Masa aku guna Impanon, aku masih breastfeed. Jadi aku memang tak ada monthly period sejak aku beranak hingga 1 tahun lebih lepas insert Implanon. Bila hampir 3 tahun, aku ada mood swings sket jadi aku cepat2 nak remove Implanon.

Jadi aku sempat clean of birth control selama sebulan. Nak pasang IUD kena tunggu period, sebab masa tu cervix lembut. Masa first day aku period, aku set appointment ngan gynae, kemudian aku insert IUD masa hari ke5 period.

Kedua-duanya sakit. Tapi sakit tempat lain-lain lah. Implanon mengundang sakit kat lengan, IUD sakit macam cramp masa period. Cakap pasal prosedur, Implanon nk insert kejap je, tapi IUD ni kena buang malu jauh2. Jadi awal2 lagi aku dah set nak doktor perempuan.

Nak kuarkan Implanon amik masa lama (15 minit), tapi aku kurus so tak berapa masalah. Parut pun macam dot je.

Lepas insert Implanon, aku sakit lengan hamppir seminggu. Tak berapa boleh nk drive tapi aktif macam biasa. Tapi untuk IUD, aku cramp hampir 2 hari, muka pun jadi pucat lesi sebab sakit. Tapi lepas tu aku aktif macam biasa. Kalu nak tahu protection, dua2 tinggi. Memang Implanon sangat sesuai untuk aku. IUD, wait and see.

Alhamdulillah, untuk kedua-dua jenis birth control aku tak ada masalah spotting. Tapi untuk Implanon, dekat last 3 tahun tu ada spotting, dan memang susah nk solat bila ada problem sebegitu.

Sekarang nih, bila dah cramp, aku marah kata diri sendiri, napelah gatal nak pasang IUD kan.. kerja takleh jalan, masak pun tak boleh. Aku tak pernah kena cramp masa anak dara dulu kecuali masa second period. Even lepas kahwin, period macam biasa.

Tapi, sakit ni datang dari Allah. Allah nak uji sekali-sekala. Aku pun memang nak guna birth control ni, harap supaya rancangan nak siapkan PhD ikut masanya tercapai. Tapi rancang punye rancang, Allah jugak yang tentukan. Kot lah pakai IUD aku amik cuti lagi byk dari cuti bersalin kan. Apapun, masing2 ada pendapat sendiri kenapa, apa dan bagaimana nak merancang.

Sekarang kebosanan atas katil. Bila dah sakit, tdur pun tak lalu. Makan pulak tak dek lah best sebab aku jugak yang kena masak. Patut dah start writing materials and methods, sambung data analysis. Hmm, Ya Allah, semoga sebarang kesakitan menguatkan semangatku. Amin.Insyaallah, bila dah sihat, pulun kerja balik.

p/s: Cara aku reduce cramp: Panadol dan minum air suam, insyaallah cramp kurang.

Advertisements

9 responses to “Merancang kehamilan: IUD atau Implanon ?

  • faza

    jaga diri baik2 kak yani.. have a gud rest:)

  • Ayu

    Allah.. Sabar lah ye. Didoakan semoga sihat lepas ni. Memang lepas psg IUD biasa ke ada cramp? Atau something wrong dgn procedure yg doktor buat tu?

    • Riani&Ridzuan

      Bila google, katanya mmg akan cramp tiap kali period tapi 1-3bln lepas insertion. kalau teruk sgt, dan cramp evry time period, rasanya kena remove. Sbb mengganggu aktiviti.. ni nk g jumpa gynae utk after 6wks check up next week. Bolehla nk komplen kan. Kalu nk kena remove, tak tahulah nk pasang implan ke, nk guna kalendar ke.. (atau mengandung: protection 9 bulan). hihihi…

  • FMK

    Ha, ini lagi satu benda yang saya tak decide lagi kak yani. Huhuhu. Saya kalau boleh dah tak nak makan or pakai ape2, nak buat cara natural je. Tapi itulah, buatnye termengandung lagi satu sebelum habis PhD, pening kepala pulak. Tapi dengar citer kak yani, tak sanggup lah nak buat. Maybe resort to birth control pill je kot, tapi kena tgk pill gak sebab breastfeed kan. Aish, pening kepala eden 🙂

    • Riani&Ridzuan

      Farina, kak yani xleh mkn pil. Boleh jd gila!. Implanon works for me, tapi ada spotting le plak. Nak merancang jgn tunggu Faliela 5 bulan, atleast 4 months dh start sbb member kak yani termengandung masa baby dia 6 mths. Ni gara2 period xdtg sbb breastfeed full kan. ANyway, member opismate ckp symptom will go away. 1/10 org mmg alami cramp.. Pahtu doktor yg masukkan IUD cakap, beranak lagi sakit.. jadi org penah beranak mesti kuat hadapi cramp ni (actually nk melayan perasaan sndiri supaya bertahan..). Jgn takut nk try, mn tahu xdek ape2.. Setakat hari ni, period mmg kurang darah dan berupa darah, berbanding implanon yg sekadar spot je. Pastu timing pun ngam2. Taklah giler jadual period. Alhamdulillah.. Next mth tgk cemana pulak. Harap2 takdek ape2!

  • hah

    huhuh…macam nih ekk kalo amik IUD? Aku sampai skang duk pk nak pakai gapo…last2 sthn lebih berlalu…plan sendirik2 gak akhirnya…sib baik xdak gapo2..hikhik. Semoga cepat sihat deh!.

  • nad

    Saya pakai implan0n tp peri0d lama tak datangt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: