Pakcik saya

Nama pakcik saya Mat Jusoh. Pak cik saya masih muda walaupun namanya seperti dah tua. Pakcik saya baru mencecah usia 40 tahun. Kenapa tiba-tiba saya menulis tentang pakcik saya?

Semalam, sedang kami bercerita tentang perihal keluarga, saya teringat bahawa ada seseorang yang selalu menyokong saya sepanjang masa ini. Tidak lain tidak bukan, pakcik saya.

Sebenarnya pakcik saya banyak mengajar saya perihal menjadi seorang yang sentimental.

Semasa usia saya 9 tahun, pakcik saya pulang dari US selepas habis belajar. Pada masa itu, saya seperti juga sepupu yang lain sangat suka bermain dengan pakcik kami. Saya memang ada ramai pakcik tapi pakcik yang seorang ini memang seseorang yang sangat special.

Waktu kami bermain di depan rumah nenek, pakcik saya panggil saya. Tanya dia, “Apa hadiah hari lahir yang Yani mahu?”

Saya dengan jujur beritahu pakcik saya,”Sebuah kamus bahasa Inggeris.”

Aneh bukan? Waktu itu saya tak berani nak minta kamus dengan mak sebab tahu mak tak ada duit. Jadi saya teringin sekali memiliki kamus yang tebal.

Tahu tak, esoknya pakcik saya bawakan kamus yang sangat tebal sehinggakan sir saya memuji betapa bagusnya saya sebab ada kamus tebal tersebut. Saya sungguh sayang kamus tersebut, sampai saya masuk sekolah menengah saya masih menyimpan kamus itu.

Waktu usia saya mencecah 11 tahun, pakcik saya menghantar kad hari lahir dan sekeping duit RM1 untuk beli koko jeli. Alangkah gembiranya saya!

Tahun berikutnya, kad bersama wang sejumlah RM30 tahun.

Lepas pakcik saya kahwin, jarang dia pulang ke kampung. Tapi bila dia pulang berhari raya dia mesti takkan miss beri anak saudara dia duit raya sehinggalah saya kahwin. Saya masih tetap dapat duit raya.

Semasa saya berada di tingkatan 5, pakcik saya sekali lagi buat kejutan. Saya tak pernah beli buku rujukan jauh sekali nak masuk tuisyen sebab saya tahu saya takkan cukup duit. Jadi pakcik saya bawa saya ke Kota Bharu untuk belikan buku rujukan.

Bila saya habis SPM, saya tinggal bersama pakcik saya untuk menjaga anaknya yang sulung (‘AIn) dan anak ke2 (Iman). Lepas tu, saya masih ingat saya tinggal di rumah pakcik saya setiap kali cuti semester sebab saya nak kerja.

Masih saya ingat satu pagi, saya tahu saya dah habis duit. Jadi sebelum pakcik saya pergi kerja (iaitu bila makcik saya dah pergi dulu),  saya akan jenguk ke ruang tamu dari bilik atas. Bila saya nampak pakcik saya, saya dengan nada berbisik memberitahu, ” Boleh tak nak mintak RM10? Tak ada duit nak makan.” Padehal dah kerja kan? Ada hati mintak duit lagi.

Pakcik saya senyum. Sebelum pergi kerja, saya jenguk atas peti ais, nampaklah duit RM50.

Pakcik saya bukan sahaja penyelamat time tak ada duit, bahkan penyelamat waktu saya kena sindrom putus cinta.

Ayat pertama saya bila telefon pakcik saya,”Sangat sedih. Help. Please belanja makan.” atau “Tolong amik di UPM. Sedih nih.” Kemudian dia akan datang amik.

Atau saya akan ke KL aja di opis dia.

Dan ayat wajib dia.”Same guy?.”

Ubatnya ialah saya mesti akan dapat makan Kenny rogers atau KFC atau Secret Recipe walaupun tak ada nasihat cinta darinya.

Antara perkara yang memang buatkan saya terlalu ingat pada pakcik saya adalah dia membiarkan saya cuba mencapai apa yang saya impikan tanpa saya sedar. Bila saya beritahu saya nak ke UK, dia cakap baiklah. Jadi saya cuba pinjam duit dari abang dan kakak. Last sekali baru pakcik saya beritahu berapa dia nak kasi. Masa tu jugak dia yang banyak uruskan hal tiket dan sebagainya.

Ada banyak lagi cerita tentang pakcik saya. Lantas saya tersedar bahawa bila semakin dewasa, saya rindu menjadi seorang anak kecil atau seorang remaja. Waktu yang benar-benar membuatkan kita terasa bebas dan penuh dengan azam dan keyakinan.

Bila saya fikir kembali, pakcik saya mengajar bahawa kita tak perlu berlokek dengan sesiapa. Hargai sesiapa jua yang kita ada. Bagi saya, terima kasih acik kerana menjadi seseorang yang begitu berpengaruh dalam hidup saya, menjadi role model untuk saya berusaha mencapai kejayaan dan terima kasih sebab selalu berada disisi saya waktu saya memerlukan.

p/s: teringat zaman bonceng motosikal dan eksiden kat UPM dengan pamela Ong.

Advertisements

2 responses to “Pakcik saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: