Dugaan

Last week aku dah janji ngan tutor, hari Isnin minggu ni meeting pasal review first paper. Kemudian Khamis pulak meeting pasal result second paper.

Oleh itu, hari Khamis lepas aku siapkan jugak jawapan aku untuk reviewer, dan aku tido lambat. Rasanya sampai pagi aku duk buat kerja sebab nak hantar pagi Jumaat. Itu rule sini, jangan hantar lambat nanti diaorang tak boleh baca dan komen awal-awal. Hari Jumaat pada waktu pagi aku bergegas ke defense teman dari Rwanda di Aula, Wageningen. Petangnya pulak, aku bawa orang Malaysia (Dr gigi~Hazira n mak dia (Dr Norziah)) pergi Utrecht (sambil aku babysit Áin).

Bila masuk weekend, aku duk teringat result yang aku perlu serahkan hari Rabu (latest). Jadi dalam duk tengok Áin main luar rumah, aku duk kerja. Walaupun tak syiok sebab Áin sekarang ada gaduh banyak dengan Yafiq, aku gagahkan juga buat-buat tak dengar apa diaorang gaduhkan. Masalah sekarang, Yafiq suka nak ambil barang Áin dan sangat jeles orangnya. Biasalah budak-budak. Áin ni boleh tahan tolerant tapi kalau bab yang dia memang suka macam mainan kegemaran, botol susu ke, janganlah nak mintak. Konfem tak kasi.

Anyway, hari ini aku masih buat syntax dataset dalam SAS. Ni supaya bila second datasampai, bolehlah zass kerja tu. Sekali tekan terus kuar result. Sambil buat syntax, aku kuarkan result mana-mana yang patut untuk ditulis. Jadi lambat sikitlah, dan memang aku ni jenis lembap sikit. Ni sebab aku kena betul-betul konfiden jawapan tu tak salah.

Tapi nak jadikan cerita keiniginan nak setelkan result paper kedua by today tak tercapai. Sebab semalam, meeting 2 jam.. 2 jam pasal paper first tu. Macam-macam aku kena setelkan. Tentulah aku bersyukur dapat moderate revision, meaning structure model aku betul. Tapi skang nih ada extended things nak dibuat untuk satisfy kan reviewer. Reviewer pertama tak mintak banyak sangat, tapi yang kedua mintak macam-macam. Jadi nak tak nak kami nak penuhi kehendak dia. Itulah cara nak tackle reviewer okeh.. Semalam jugak sv aku jawabkan part yang aku tak reti, alhamdulillah, lega bila sv boleh bantu. Aku kena cari input baru, tapi kena tanya vet kat Utrecht pulak dah. 

Lepas meeting 2 jam, hampir 2 jam aku sakit kepala. Lepas dah reda baru sambung dan kemudian setelkan apa yang boleh. Baru tadi setelkan  soalan nak tanya kat vet. Lepas vet tuh dah jawab, aku rasa aku kena amik input tu then run model lagi. Kuar kan result baru. Lepas tu nak kena tunaikan macam-macamlah permintaan reviewer, tukar title, extend discussion, tukar table, tambah itu dan ini. Banyk jugak tuh.

Ini menyebabkan aku tak cukup masa pulak nak tulis result second paper. Aduiiii.. jem jem jem..

Pahtu Khamis ada exam listening Dutch. Haiiiiiiiii…. Study pun tak ;(

Pastu dapat call dari cikgu Áin, Áin demam… ;(

Ooo tidak. Harap ayah boleh handle. Aku nak balik, tapi duk fikir apa je aku boleh buat. So tahankan diri dari balik dan setelkan mana yang mampu.

Dugaan banyak gara-gara semua (termasuk aku) nak cuti panjang summer la ni!

p/s; welcome Luxembourg and Belgium!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: