Demam @ Luxembourg city

Masa tulis ni aku duk letak air atas kepala Áin, supaya sejuk sikit. Hujan turun sekejap2 kedengaran dari luar tingkap, dan aku pulak sibuk berfikir bila masa nak kasi paracetamol pada Áin.

Ini kali pertama Áin demam semasa kami bercuti. Suami aku pernah demam tahun lepas masa kami di Prague sebab terlalu panas. Kali ini aku cuaca sejuk sebab hujan diramalkan turun untuk seminggu terutama di UK, Belanda, Belgium dan Luxembourg. Jadi aku pun tak pasti apa yang sebabkan Áin demam.

Kebiasaannya aku yang sediakan ubat-ubatan untuk bercuti. Memandangkan aku sibuk di dapur masak sehari sebelum kami bertolak ke Luxembourg, aku serahkan tugas isi ubat dan lain-lain pada suami. Nak marah pun tak guna, nasib baik dia masukkan dua biji paracetamol untuk masuk ikut bontot. Adalah penyelamat pada hari Ahad ini, sebab kedai tak bukak hari Ahad.

Áin memang jenis tak banyak ragam. Tadi masa kami di Vianden, dia tidur sepanjang jalan. Rasa bersalah bila suruh dia jalan kat castle tadi. Lepas keluar dari castle, dia terus tidur sampailah kami pulang semula ke luxembourg city.

Oleh itu, advice aku, bila nak jalan ke Europe make sure ubatan cukup atleast untuk go through first night demam. Hari tu aku beli termometer, dan bawa masa jalan. Kali ni cuai pulak sebab tak bawak. Kalau ada atleast boleh monitor temperature. Kemudian belilah stroller yang anak kita boleh tidur, sebab bila dah sakit time tengah jalan, dia boleh rest.

Sedih bila Áin demam.. Tak ada orang nak kita kacau!

Masa ni ok lagi.

Atas chairlift masa nak turun dari bukit. Trademark baru, “Best.”

Masa ni dah penat dan terus tidur dari jam 3 ptg sampai balik ke Luxemborug city semula. Stroller kat sini kebanyakannya ada plastik untuk lindung dari hujan, snow etc. AKu suka sebab dapat elak angin yang terlalu sejuk.

P/s; Semoga cepat sembuh, ya sayang… Amin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: