Cuti summer part I; Luxembourg city

Kali ini kami merancang hanya ke negara berdekatan Belanda iaitu Luxembourg dan Belgium. Ini disebabkan sudah beberapa kali kami asyik naik kapal terbang bila bercuti, dan bosan dengan sekuriti yang terpaksa ditempuhi.

Jadi kami ambil keputusan untuk ke Luxembourg pada 15/7 hingga 18/7 dan singgah ke Belgium dari 18/7 hingga 21/7. Sudah menjadi kebiasaan aku akan cuba melompat banyak tempat sekurang-kurang 3 tempat setiap kali bercuti. Ini disebabkan aku dah tak punya cuti sebanyak cuti summer, jadi mesti gunakan peluang sebaik-baiknya.

Antara perubahan cuti kali ini adalah kami boleh bawa barang sebanyaknya sebab naik train, aku masak beriani ayam untuk makanan masa cuti. Beriani ni tahan selama 5 hari sebelum berganti dengan nasi lemak. Almaklum, kami bawa rice cooker bila jalan. Disamping menjimatkan kos, dapatlah makan nasi 2-3 kali sehari. Kali ini cuaca sejuk dan hujan seumpama autumn. Walaupun agak sejuk, aku rasa lebih selesa berbanding jika panas melampau.

Kami gerak ke Luxembourg melalui Brussels, ini disebabkan pertukaran train adalah kurang bernading jika kami gunakan jalan Selatan Belanda. Tapi rupanya jalan keretapi sedang dibaiki, maka kami kena tukar train hampir 4 kali, sepanjang perjalanan yang memakan masa 7 jam. Akhirnya kami tiba di Luxembourg  central station jam 4 petang. Seperti biasa, kami tidur bagai nak rak disebabkan perjalanan jauh.

Keesokanya, kami mula menapak ke Luxembourg central station untuk mendapatkan peta Luxembourg di information counter dan juga membeli tiket train ke Brussles. Tiket berharga Eur30 seorang dan Áin pula free. Selepas itu, kami menuju ke bandar lama Luxembourg. Cantik bandar ni. Landskapnya lain dari Belanda dan mana2 tempat yang aku pernah pergi. Aku kongsikan gambar.

p/s; Meneruskan perjalanan ke Vianden, Luxembourg keesokan hari.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: