Cuti summer part II; Belgium: Brussels, Brugge & Ghent

Selepas berada di Luxembourg hampir 3 hari, 2 malam, kami bergerak ke Brussels pula. DIsebabkan kekurangan bajet, maka aku menyewa di hotel murah yang berada berhampiran Brussel south (Bruxelles midi). Agak hampa bila bahasa yang digunakan adalah bahasa Perancis, menyebabkan kami agak terpinga-pinga bila mahu bertanyakan arah. Nasib baik peta free dah awal-awal hubby cilok di Luxembourg train station, dan GPS pun berfungsi dengan baik. Dapatlah kami menapak di Brussels dengan baik.

Hotel yang kami tinggal berada tersembunyi dan di kawasan agak sunyi. Tanpa sepatah pun papan tanda dan dikelilingi orang negro, kami rasa cuak bila tak jumpa hotel tu. Tapi lepas telefon katanya memang betul di nombor yang kami telah jumpa, cuma kena tekan loceng je. Ok, terus kami ke sana dan dapatlah bilik di tingkat satu. Malangnya tak ada lif, jadi terpaksalah angkut satu persatu barang naik-turun tangga. Masuk je dalam bilik, terus masak nasi, solat dan tidur.

Esoknya baru kami bergerak ke brussels central. Kami lalu satu kawasan orang Islam di mana banyak kedai Halal. Kemudian berjaya sampai di kawasan manneken pis dan bangunan yang cantik2. Brussels ni bukanlah bandar pelancongan yang menarik, selain kotor dan crowded, bandar ni seolah KL. Sibuk dengan kereta, pencuri pun banyak. Jadi kami taklah begitu selesa sepanjang di sana.


Lepas dah sehari jalan-jalan di Brussels, keesokan hari kami bergerak menuju Ghent. Ikut perancangan, kami patut jumpa Liza, kawan sekapal di FPV UPM di Ghent. Dia on the way dari Frankfurt menghantar pakciknya pulang ke Malaysia. Jadi dia cakap boleh stay di rumahnya di Ghent. Tapi disebabkan kami hanya akan jumpa Liza lepas jam 6 petang maka aku memutuskan untuk melawat Brugge yang terletak 30 km dari Ghent.

Brugge ni macam Belanda. Kalau tak pernah ke Belanda, pasti akan teruja dengan perkampungan kecil ini. Memang cantik dan indah, rasanya lebih baik melawat Brugge dari melawat Brussels. Di sana kami berjaya pusing satu kampung dengan bantuan peta hanya dalam masa 4 jam sahaja. DI samping bahasa yang digunakan adalah Dutch, kanal dan rupa bentuk bangunan yang saling tak tumpah macam tempat lain (Utrecht, Koln dan Berlin) tak membuatkan kami teruja untuk meneliti cathedrals yang ada. Jadi kami bergerak agak pantas kecuali bila ambil gambar.

Lebih kurang jam 6 petang, kami menaiki train menuju Ghent. Aku dah sms Liza bertanyakan waktu dia akan sampai, jadi kami berjanji akan jumpa di stesen tran Ghent. Tepat jam 6.45 petang kelibat Liza muncul, maka kami menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari train station. Memang best, kata aku kalau nak ke Wageningen kena naik train dan bas. Memang leceh.. Tapi sebab ramai tinggal di sini maka aku rasa best jugak di Wageningen ni.


Keesokan hari kami menapak di Ghent central. Memandangkan kami nak pulang hari yang sama, maka kami jenjalan di sekitar Ghent dari jam 10 pagi sehingga jam 3 petang. Hari tu National day Belgium ditambah ada festival di bandar tersebut. Jadi adalah stage di bina di seluruh bandar dan ramai orang berlegar-legar di sekitar bandar walaupun kedai ditutup.Ghent pun bandar yang cantik. Bangunan bersejarah ada di seluruh bandar dan sangat dekat antara satu sama lain. Di samping itu, bandarnya tak sesibuk Brussels dan selesa untuk bergerak.


Tepat jam 4 petang kami bergerak menuju ke Ghent-St Pieters train station. Kami naik train dari Ghent-Antwerpen-Breda-Rotterdam-Utrecht-Ede Wageningen. Kami tiba di rumah tepat jam 11 malam. Thanks Liza for the hospitality, len kali kitaorang datang lama sikit!

p/s; habis dah musim summer punye cuti.. Nak puasa pulak!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: