Macam kaya kan?

Aku tengah khusyuk meneliti kerja aku bila tiba-tiba telefon berdering. Tertera nama Kak Mai.

“Hello kak Mai. Nape?”

Kak Mai tergelak besar.

“Boleh cakap ke?.”

“Boleh la. Saya duk kerja kat rumah ni.” Kata aku. Mata tengah mengular tengok e-mel sambil menghirup air susu perisa pisang.

“Takde, Kak Mai nak cakap pasal dapur fiza. Dari 4 api, 3 je je leh guna. Yani nak tak?”

Aku terus bertanya yang mana satu tak boleh guna. Yang paling besar ke paling kecil? Kak Mai menjelaskan yang paling kecil. Ok lah, kata aku sebab tak kisahlah api 3 je boleh guna janji oven dia boleh guna. Dapur yang aku ada sekarang oven dia rosak. Jadi aku tak nak dah. Lagipun aku dapat free, kalau nak buang pun aku tak kisah.

Ceritanya bermula semalam bila Mamat bertanyakan pada kami ada oven tak yang tak nak dipakai. Lepas tu Kak Mai pulak ada dapur yang ada oven dan mereka tak nak guna. Mamat cakap besar sangatlah pulak. Jadi aku pun beritahulah aku nak dapur tu, sebab aku tak nak simpan oven lama yang aku ada dalam rumah. Buat banyak barang je. Lagipun dapur dan oven tu dua2 aku dapat free dari Kak Syahira. Jadi terus aku nak bagi oven aku kat Mamat dan ambil dapur Kak Mai.

Sekarang nih, dapur aku yang lama tu nak buat apa ye?

“Hello Naim, ko nak tak dapur aku?.”

Naim agak teragak-agak menjawab. Rumah pun belum ada, dah ada dapur dan mesin basuh dah. Ni gara-gara Kak Mai dengan aku lah nih.

“Ntahlah Yani.” Balas Naim.

“Kalau kau nak aku simpankan je dapur tu dalam garaj aku. Kalau ko tak nak aku nak letak je luar rumah. Siapa-siapa nak boleh je amik.”

“Weh, bukan garaj ko sewa kira kubik meter ke?” Gurau Naim.

“Hehehe.. kalau ko nak, simpan je dalam garaj aku tu. Bukan aku caj ape pun. Free je.”

” Ok lah kalu gitu! Aku nak dapur tu!” Balas Naim.

Aku pulak, terasa kaya hari ni!

 

p/s; tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: