Selamat berpuasa!

Tahun ini adalah kali ke-4 aku berpuasa di perantauan. Tahun pertama adalah 2008. Cabaran berpuasa di perantauan adalah kerana Ramadhan jatuh pada musim panas. Jadi waktu berpuasa adalah panjang, kali ini bermula sekitar jam 4 pagi sehingga jam 9.30 malam. Di samping nak menahan lapar dan dahaga, kami juga kena menahan mengantuk sebab berbuka pun dah jam 9.30, isyak sekitar 11.30 malam dan nak bangun sahur lagi. Pendek kata semua akan tak cukup tidur. Kebiasaan memang setiap tahun begitu, masing-masing slow bila kerja musim panas sebab waktu sembahyang isyak yang sangat lambat, dan subuh yang sangat awal.

Tapi saya akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan rukun Islam ini. Harap ibadah diterima. Saya dan suami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada ibu bapa, saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan di mana jua anda berada. Harap dapat halalkan makan-minum, minta maaf jika pernah terkasar bahasa dan semoga ibadah kita dapat diterima oleh Allah SWT.


8 responses to “Selamat berpuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: