Kisah bulan puasa II; Kalau buka kedai

Masa suami buka facebook dia, terpampang gambar kedai seorang kawan di Machang.

“Wah ada 4 cawangan kedai. Hebat.”

Saya pun lihat juga, rasa jealous pun ada lihat kejayaan orang lain. Seronok berniaga, ya lah, 9/10 rezeki dari berniaga kan.

“Banyak betul komputer dalam kedai dia. Mesti banyak modal nak guna.” Kata saya sambil membelek album teman tersebut.

Terus saya tanyakan pada suami,”Abang kalau takdek keje bukak kedai baiki komputer je lah.”

“Tak nak lah, belajar tinggi2 pahtu nak berniaga pulak.”

“Hoo ni lah mentaliti orang masuk Uni, sikit2 nak keje lagi besar.Berniaga pun banyak duit jugaklah.” Bebel saya.”

Suami saya tersedar. Katanya ya lah, mungkin itu satu cara nak cari rezeki, tapi dia memang tak yakin boleh berniaga dengan baik. Walaupun bijak tapi masih kekurangan keyakinan berbanding saya yang memang suka dan berani membuat apa-apa keputusan. Itu yang menjadikan kami pasangan yang sesuai, sorang penakut sorang terlebih berani.

“Takpe, sayang leh manage bab-bab cari klien.” Kata saya.

“Tapi kan bang, sesuai tak kedai jual kucing dengan kedai komputer bukak sebelah-sebelah?” Tanya saya bila terfikir kalau saya sekali bukak kedai yang dalam bidang kepakaran saya.

Terus suami saya membalas, “Hey Kucing, ini bukan tempat kau, kedai kau kat sebelah la.. ”

p/s; konfem komputer banyak yang berhabuk kalu duk dalam kedai kucing.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: