Kisah bulan puasa III: Hafal Al-Quran

Disebabkan dah mula berpuasa, maka aku pun mulalah membaca Al-Quran lepas solat Asar. Hari ini masakan berbuka simple aja, jadi memberi peluang untuk aku membaca tanpa berfikir sangat pasal nak masak.

Juzuk pertama, surah Al-BAqarah.

Sedang asyik membaca, tetiba suami ku membetulkan bacaan. Terus terang, malu pun ada, suka pun ada (makin sayang pun iya ;)).

“Owh dengar rupanya. Ingatkan duk tengok drama.”

Hubby tersengih, “Dengarlah. Takkan salah tak nak tegur.”

Habis baca Al-Quran aku teringat kisah mak mertua saya yang selalu ditegur bacaan Al-Quran oleh Ayah (suaminya). Bukan slow, malah kalau mak mertua baca Al-Quran di ruang tamu yang sepelaung jaraknya, Ayah tetap dengar dan akan menjerit sekuatnya bila menegur.

“Agaknya ayah hafal Al-Quran ye tak ye.”

Suami saya menjawab,”Mungkin tak kut, tapi sebab dia dah biasa jadi boleh lah dia tegur yang mana dia boleh.”

“Abang dulu hafal jugak surah Al-Baqarah. Tapi dah lama tak praktis. Tak ingat.”

Hmm.. abang hafal jugak satu surah, isteri abang pulak nak hafal surah yassin pun masih on the way.

Malu.. malu…

 

p/s; mari membaca Al-Quran!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: