3o hari mencari cinta III: Kue tiaw Ladna dan Kuih koci mat gebu

Mula-mula hubby tengok katanya,”Woooh macam kat kedai lah.”

Bila makan, ternyata aku pun suka. Kalau kat kedai banyak sangat seafood mcm sotong dia guna. Lepas tu gravy sangat2 pekat, menjejaskan rasa sayur. Kalau masak sendiri ikut kata bloggers lain jgn buat gravy pekat sangat. Nasihat aku plak, bila goreng kue tiaw/ nasi ngan kicap, jangan tamak nak taruk kicap byk. Juga gunakan kicap manis. Gravy pulak kasi masin. Combination tu yang buatkan masakan simple ni sedap.

Resepi dari sini dan sini.

Nasi Goreng Kue tiaw Ladna Simple

3 mangkuk nasi putih 1/5 dari 1 peket Kue tiaw kering, direbus.
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap (manis + masin)

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

5 ekor udang
200g isi ayam
sotong
kailan
carrot
putik jagung
tomato
brokoli/bunga kobis
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang atau sotong jika suka. Masukkan air mengikut kehendak masing2 nak kuah banyak2 mana. Nak lagi cepat, guna air panas yg baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 mengikut kesukaan masing2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.

Masa duk run model, aku cuba google resepi kuih dan aku terjumpa resepi kuih koci. Terus lah terasa nak makan. Aku ambil resepinya dari sini.

  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua) 2 cawan kelapa parut kering
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang Kertas baking secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

  1. UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
  3. UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

p/s; Seronok tengok suami berselera makan (dan basuh pinggan lepas tu).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: