Cerita pasal Áin

Nur Áinul Mardhiyyah dah reti bercakap.

Bukanlah berpatah-patah tapi sudah reti membuat pertanyaan singkat

“Mama, waar is papa?”

“Wat is dit” Ataupun tiba-tiba berkata “Apa thu?”Dalam nada pelat.

2 minggu lepas kami telefon mak mertua. Pertama kali Áin cakap hello, dan disambung dengan bahasa Belanda yang saya pun tak faham sepatah haram.

Sesungguhnya, kami pun tak tahu kenapa bahasa Belanda lebih pekat di mulutnya berbanding bahasa melayu kelate.

Seperti biasa, walaupun banyak perkataan yang dia dah tahu tapi dia masih malas mahu memberitahu kehendaknya kecuali bila minta susu.

“Susu.. susu..”

Takpun, “Belon.. belon.”

Ni lah salah kami, terus bagi je . Padehal boleh je ajar dia bagitahu lebih panjang.

Áin, asyraf, ayah dan Naim di Lombardi, Wageningen

Ada lagi satu yang dia tahu, menyebut nama orang. Dia kenal Hakim, anak kak Mai dan Yafiq (anak orang subrent bilik kami). Dia juga dah mula kenal Naim malah menjerit nama Naim bila nampak kelibat Naim. Áin juga akan behave sikit bila saya beritahu nak pergi jumpa Aunty (Fatimah-isteri Naim). Jadi kena pastikan Áin berkenalan dan tahu nama orang supaya dia taklah panggil semua orang Mama. @_@.

Masalah sekarang adalah kami masih tak tahu adakah Áin sudah sedia nak dilatih tak pakai lampin. Saiznya dah semakin besar, dan kami rasa agak terbeban bila dia pakai lampin terlalu lama. Semalam cikgu dia beritahu ‘Ain kencing dalam toilet untuk pertama kali. Alhamdulillah, rasa sangat genbira sebab ini satu perkembangan positif. Biasa saya letak atas toilet (1/2 jam pun dia xkencing2). Cikgu dia tulis dalam buku report, buatkan saya rasa terharu kejap.

Perkembangan Áin yang paling saya suka adalah kami dah boleh beli bermacam-macam jenis permainan untuk dia main, dari layang-layang kepada naik basikal kepada puzzle kepada buku cerita. Dia sangat gemar dibacakan buku cerita tak kisahlah bahasa apapun, hatta buku bahasa Arab yang ditinggalkan oleh Fiza. Saya paling suka dengan perkembangan ini sebab selalu saya buntu nak belikan Áin permainan. Áin tak berapa suka anak patung kecuali baby jaguar dalam cerita Dora (itupun hilang di Brugge). Áin tak jugak suka permainan masak-masak ataupun kereta. Hanya gemar pada belon, mainan berbunyi macam piano, mainan binatang kecil yang bergerak dan TV (owh tidaaaaak). Malah boleh buka tv sendiri cuma tak pandai tukar channel je!Paling dia gemar juga adalah pergi sekolah. Bahkan kalau hari tak ke sekolah, lepas mandi mesti dia akan kata, “Sekoloh.. sekoloh.”

Lagi satu, Áin masih tak tahu nak brek basikal. Kalau tak dah lama kami sekeluarga berbasikal ke pekan Wage. Kita tunggu lagi, mana tahu dia akan berbasikal sendiri ke sana.

p/s ; Áin sudah 3 tahun 9 bulan. Alhamdulillah.


One response to “Cerita pasal Áin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: