Raya oh Raya: Persiapan Raya di Belanda

2 minggu lagi 1 Syawal.

Tahun ini tak ada baju raya. Guna baju raya tahun lepas.

Yang ada hanya selipar raya.

Tahun ini juga buat pertama kali saya menempah biskut raya dengan kawan di sini. Ini disebabkan saya tak banyak masa untuk buat perkara lain, hanya kena buat kerja sahaja. Sekarang pun saya rasa gerun mengenangkan dua kerja saya perlu siapkan, data analysis 2nd paper dan membalas reviewer untuk first paper. Terkulat-kulat saya di depan komputer. Tak tahu mana satu nak dibuat dahulu.

Saya berkira-kira untuk masak nasi dagang di pagi raya. Ikan tongkol berjaya dijumpai di pasar dengan harga eur5 seekor. Jadilah, dari tak ada langsung. Beras nasi dagang pun dah ada sebab saya pernah suruh adik ipar kirim ke sini.

Untuk hiasan rumah, saya tak ada langsir baru, bahkan langsung tak mahu mengecat satu ruangan di meja makan. Malas. Saya hanya akan beli balang biskut  second hand dari kedai second hand. Cukup.

Raya kali ini sebenarnya lebih meriah sebab ramai orang Malaysia di sini, tapi mengenangkan kerja yang menimbun, agak mati akal juga lah saya di sini. Ditambah waktu puasa yang lama, saya mudah penat dan pening. Malah demam minggu lepas. Jadi saya tak mahu kerja atau masak-masak terlalu teruk sampai menjejaskan kesihatan, cukup bersederhana. Mana yang boleh sahaja saya akan buat.

Sekarang ni saya semakin banyak mengenangkan perasaan beraya di Malaysia. Alangkah indahnya 1 syawal di Malaysia. Alangkah rindunya saya pada kampung halaman.

Paling saya sedih, saya sudah tidak ingat apakah yang sering saya lakukan di Malaysia pada 1 Syawal.

Owh, syahdunya!!

 

p/s; Sudah mula mendengar lagu raya.

 


2 responses to “Raya oh Raya: Persiapan Raya di Belanda

  • Farina

    Ala sedihnye baca entry nih. Aah, bila dah lama sangat di perantauan, feel raya pun dah lupa camner. Anyway, nanti share ye resipi nasi dagang and gulai ikan tuh. Hari tuh mak ada bawak beras dagang, tapi sampai sekarang tak masak sebab tak reti😀 Hehe.

  • Riani&Ridzuan

    Farina, resepi dah berjaya dapat dari mak kak yani! Nanti kak yani post lepas dah buat. BTW, selamat hari raya. Kirim salam kat pilot, kat pramugara/i dan airport KLIA yer….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: