Raya oh Raya: OPen house Haarweg

Saya mahu abadikan tarikh saya menganjurkan rumah terbuka di Haarweg.

Menu dari saya ialah nasi kerabu, nasi dagang, laksa kelantan dan laksa penang, sate dan kuah kacang. Menu dari pihak lain adalah spaghetti bolognese dan rendang, pulut kuning dari naim dan fatimah, kuih dari kak mai, biskut bangkit dan pandan layer dari khalilah. Selepas decide mahu anjurkan rumah terbuka pada 10 september, saya agak kaget melihat menu saya sendiri. Tapi selepas meneliti dan membahagikan masa untuk menyediakan makanan dan masak, akhirnya berjaya jugak siapkan semuanya.

Persiapan seminggu sebelum:

SATE Paling susah nak prepare tentu sekali sate, jadi seminggu sebelum itu saya sediakan sate, perap semalaman dan kemudian cucuk. Lepas itu sejuk beku dalam peti ais. Dari 4kg daging (ayam, lembu, kambing), saya berjaya cucuk lebih dari 100 cucuk sate, selama 2 hari sambil tengok tv.

NASI KERABU Oleh kerana saya mahu buat nasi kerabu paling simple, saya hanya nak side dish daging bakar dan telur masin. Jadi seminggu sebelum tu saya dah rendam telur ayam kulit putih dalam air garam. Ni sebab tak ada telur masin lah nih.

KUAH LAKSA Disebabkan kak mai pernah buat open house, dia ada lebihan ikan yang tak digunakan. Jadi saya minta isi ikan dari dia untuk digunakan di rumah saya. Tentu sekali jimatkan masa!

NASI DAGANG Kami beli ikan tongkol di pasar lebih kurang 2 minggu lepas. Tapi kami simpan dalam freezer sebab tak tahu samada ikan tu ada lagi tak kat pasar.

LAIN-LAIN Saya ada dua jenis benda yang perlu digoreng, kacang (kuah kacang) dan kelapa goreng. Apa saya buat ialah bakar dalam oven hingga kuning kedua2 benda diatas seminggu sebelum event. Ni membuatkan kerja saya lagi cepat. Ia juga lebih baik dari goreng dalam kuali.

Persiapan 1 hari sebelum;

Selepas siapkan semua persiapan seminggu sebelum pada hujung minggu, saya memang sangat sibuk bekerja. Jadi saya memang tak ada masa mahu mebuat apa-apa lagi persiapan lain. Saya paling gementar nak sediakan nasi dagang sebab tak pernah buat. Lepas meeting hari jumaat, sediakan report in case terlupa bila belek kerja next week, saya pulang ke rumah jam 12 tengahari, keluarkan semua barang dari ikan kepada daging dan mula memasak masakan paling simple, kuah kacang dan kuah laksa. Saya juga rendam beras nasi dagang sambil buat kuah nasi kerabu.

Nasi dagang; P/s nanti saya letak resepi dalam post seterusnya.

Gulai darat ikan tongkol; Resepi dalam post seterusnya

Apa yang menjadik

Semua masakan menjadi. Tapi disebabkan banyak menu, adakala masakan kurang sedap. Yang paling sedap mengikut kata tetamu adalah nasi kerabu. Saya pun rasa nasi kerabu sangat sedap. Ni disebabkan dah banyak kali saya buat, jadi tricks dia saya dah tahu. Satu lagi kena jugak guna santan kotak yang mahal, baru kuah nasi kerabu menjadik. Ikut kata tetamu juga, rasa sate dah cukup sedap, so sebelum bakar make sure tabur gula banyak2 atas sate tu. Memang menyedapkan sate.

Apa yang kurang jadik

Yang kurang menjadik sate, tapi sebab cara dibakar. Patut guna function grill je. Sebab minggu sebelum tu saya guna function grill, lawa je sate tu. Kali ni sebab guna api bawah, sate kering. So jangan gatal2 lagi guna function oven! Lepas tu kuah kacang kurang pekat. Kata ibu , lain kali masukkan biskut meri supaya kuah lebih pekat. Lagi satu, kalau ada kacang, masukkan lagi. Pastu telur masin tak menjadik sangat sebab rendam seminggu je. Lagi satu, seekor ikan tongkol tak cukupla untuk semua tetamu yang hadir. Lain kali kena beli 2 ekor.

Apa paling susah sangat bila jadi hos

Yang susahnya adalah bila nak masak dan layan tetamu pada masa yang sama. Kena bagi tugas ni kat suami dan kawan-kawan.

Apa yang paling best pada hari terbuka

Tentu sekali tengok orang masak masakan kita! Lepas tu borak-borak dan makan sampai nak muntah! heheh…

Jadi saya kongsikan sebahagian gambar hari open house rumah saya courtesy Kak Ra.

Nasi dagang: Bersama temanteman Warga wage, Utrecht dan Leiden. Di dapur rumah saya.

Di ruang tamu rumah saya. Makan pastu borak pastu makan sampai kenyang!

Bersama Batavus (basikal saya) dan Batavus Ilah.

p/s: Alhamdulillah. Allah bagi rezeki dan kekuatan buat saya untuk anjur open house. Boleh buat lagi tahun depan!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: