Pindah? Pindah! Pindaaaaahhhhh….

Seperti anda semua tak ketahui dan maklum, nak cari rumah di Belanda sangatlah menyakitkan hati. Saya aci, kalau anda saje2 nak cari kerja di Belanda, rasanya seminggu je anda akan bertahan mencari kerja sebab rumah pun belum tentu dapat walaupun setahun menunggu. Jadi bayangkan betapa dasyatnya kehidupan kami di sini. Tapi alah bisa, tegal biasa. Lepas 3 tahun menetap di sini saya belajar untuk mencari ruma, bermula dengan kamernet.nl, kemudian menggunakan agent macam directwonen dan akhirnya menggunakan agensi murah seperti woning sticting di website woningnet untuk utrecht dan huiswaarts.nl di Wageningen.

Kesemuanya menggunakan duit, nak pilih rumah kena bayar, nak tengok kena bayar, nak masuk kena bayar agent fees. Saya sebolehnya nak mengelak membayar agent fees, sebab jumlahnya boleh mencecah beribu euro. Oleh itu saya cuba menggunakan huiswaarts semenjak setahun lepas, semenjak kami pindah ke Wageningen.

Alhamdulillah, lepas setahun main loteri rumah dengan bayaran eur10 setahun, kami berjaya dapat ranking nombor satu (pasti dapat). Alangkah gembiranya rasa hati sebab dah lama tunggu nak ke rumah murah. Ini disebabkan banyak benefit kita boleh dapat termasuk pertolongan sewa rumah, dimana kalau sewa rumah kurang dari eur647, maka setiap bulan kita akan dapat sekurangnya eur200 untuk meringankan beban kita. Di samping tu, automatik akan dapat benefit duit untuk anak dan bayaran insurans.

Jadi inilah sebenarnya sebab kami nak pindah ke rumah, yang lebih kecil….

Next week Jumaat tengok rumah tu. Rasanya akan pindah lagi!

 

p/s; Kalaulah Malaysia bagi banyak benefit macam sini ;P


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: