Alhamdulillah. Rezeki raya ;P

Tahun ini kami sungguh bertuah. Sebab berjaya dapat loteri rumah nombor satu!!! Yahuuuu… Alhamdulillah, rezeki nak raya. Suami sangat gembira sebab dengan cara ini kami boleh mintak bantuan sewa rumah tiap bulan. Rumah tak besar, dan tak kecil pendek kata cukup menyenangkan hati. Lagi gembira sebab rumah ground floor.

Walaupun BIC di UU tak nak sahkan borang, saya berjaya juga ambil cop dari sv. Jadi berjaya jugak mengisi borang dengan jayanya. Kemudian berjaya hantar pada hari Isnin terus, walaupun pada mulanya ragu-ragu boleh tak setelkan borang awal-awal. Hari ini, pihak woningstichting minta sijil nikah, alhamdulillah, selepas bertahun-tahun berada di sini, saya memang memiliki sijil berkenaan dalam bahasa Belanda.

Selepas menerima jemputan melalui e-mail untuk sign contract pada 1hb nov ini, maka langkah seterusnya adalah membeli kotak dan mula packing barang. Memandangkan saya akan beli barang dari tenant lama, maka saya juga akan jual barang2 dalam rumah saya seperti karpet, sofa dsb. Tapi tak banyaklah yang akan dijual sebab rumah tu boleh manmpung barang-barang yang saya ada, setidak-tidaknya dalam stor rumah.

Sebenarnya sangat pelik menang loteri rumah. Selepas main selama setahun, agak lama menunggu sebelum berjaya dapat nombor 7, diikuti nombor 5. Pernah nombor 3 banyak kali dan nombor 2 pun sekali. Suami dah beritahu, caranya nak dapatkan rumah adalah kena jadi nombor 1. Alhamdulillah, termakbul doa kami sekeluarga. Hari ini berulang kali menerima ucapan tahniah kerana dapat rumah, menunjukkan susahnya nak dapatkan rumah murah. Malah teman2 di pejabat pun tak sabar nak melihat rumah tersebut. Ini adalah kerana rumah tersebut rumah baru.

Jadi buat kawan-kawan nak cari rumah di Holland, saya cadangkan website woningnet.nl. Main lotery housing dengan bayaran eur10 setahun. Lepas tu, dah berjaya sewa ni minta pula huurtoeslag ataupun bantuan sewa rumah.

 

p/s; Terima kasih pada teman-teman yang banyak bagi cadangan tentang cara mengisi borang! Amat dihargai sungguh!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: