Senang tak datang sehari…

Senang tak datang dalam sehari, susah tak semestinya hari-hari.

Hari ini saya mengemas baju dan almari. 20 hari lagi saya, Naim, Fatimah, Nozie dan Ajak akan pindah ke rumah masing-masing. Saya ke rumah di Kolkakkerweg, Naim dan Fatimah ke General Foulkseweg manakala NOzie dan Ajak ke Bornsesteeg. Masing-masing bahagia mendapatkan rumah sendiri. Selepas berbulan-bulan lamanya mencari dan mencari akhirnya masing-masing berjaya menemui apa yang dicari~Rumah.

Jadi kelegaan jelas terpancar di wajah masing-masing. Bangga sebab berjaya mengatasi halangan sedemikian. Gembira sebab tak payah membayar banyak untuk mendapatkan rumah masing-masing. Bagi saya, inilah yang dikatakan senang tak datang dalam sehari.

Saya pernah tinggal di rumah yang sangat kecil, mahal dan jauh terperusuk dari kawan-kawan. Tapi saya beranggapan itu sahaja rezeki saya. Tak penting pada waktu itu di mana saya tinggal, yang penting master saya habis serta keluarga di sisi. Kemudian rasanya keputusanpaling best pernah saya buat untuk meninggalkan utrecht, maka datanglah segala kesenangan untuk hidup berkeluarga dan berjiran. Mungkin Allah mahu menguji saya sebab waktu di Malaysia saya tak pernah kisahkan jiran, jadi Allah beri peringatan sebegini. Alhamdulillah, ujian ini cukup memberi pengajaran pada saya. Begitu juga kehadiran kawan-kawan. Mungkin Allah mahu saya tahu bahawa kawan-kawan ini amat penting, jadi hargai mereka sebaik-baiknya.

Walaupun berbasikal, berpanas dan berhujan atas basikal, Allah berikan pula kesenangan lain. Mendapat kawan-kawan berdekatan rumah, tempat kerja 5 minit dari rumah serta kedai-kedai 5 minit dari rumah. Allah juga tak hampakan hambanya dengan memberikan supervisor yang baik serta bertanggungjawab. Jadi saya ingin mengucapkan rasa bersyukur diberikan peluang ini. Bertuah lagi kalau saya gunakan dengan baik. InshaAllah, akan saya tunaikan tanggungjawab membawa pulang PhD ini untuk bakal anak murid.

Jadi, janga risau atau gusar bila Allah berikan ujian, pasti akan datang Allah berikan peluang untuk kita mengecap kesenangan.

Bukan kah susah itu bukan hari-hari?

p/s; 20 hari lagi nak pindah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: