Cerita pindah di negara orang

Alhamdulillah.

Tanggal 5 November, kami selamat berpindah ke rumah baru yang memang saya rasa rumah paling best yang pernah saya diami. Tak besar, tak juga kecil. Paling mahal, berada di ground floor dan berada 3 minit dari pejabat! Jadi memudahkan saya bersolat di musim winter ni.

Kalau nak diceritakan mengenai pindah, memang memenatkan. Selepas saya tahu saya dapat rumah ini, saya kena isi borang dalam bahasa Belanda, gaduh dgn BIC di Utrecht (tak perlu bgtau detail, cukuplah memberitahu mereka masih kurang bagus dari segi memberikan pertolongan yang diharapkan) serta mengemas. Sehingga ke 5hb Nov saya dan suami masih mengemas, malah saya bangun jam 3 pagi sebab kena masak untuk orang yang akan angkut barang. Menunya nasi lemak dan ayam peri-peri 3 ekor.

Dinner: Sambal nasi lemak, sisa ayam peri-peri, sayur goreng dan sardin hentam saja!!

Ramai orang hadir; abg fadzli, encik ismail,  Naim, Razak, Ron, Ilham, Asyraf dan Nozie untuk angkat barang. Walaupun guna van paling besar, barang saya masih juga perlu diangkut 3 kali sebab terlampau banyak. Manakala Naim dan Monica masing-masing perlukan 1 trip sahaja. Tapi, paling susah kata mereka adalah rumah Monica sebab tak ada lif dan kena naik melalui tangga yang kecil.

Van sama jenis guna masa pindah tahun lepas (October, 15th 2010) di Bilthoven

Crew tahun ini di hadapan rumah lama, haarweg 297.

Kerja pindah bermula seawal 10 pagi di rumah saya. Kemudian saya terus ke rumah baru dan menunggu mereka semua membawa barang. Jam 1 tengahari kami berhenti untuk solat dan makan di rumah baru. Lepas tu sambung lagi angkat barang jam 3 petang sebab Naim dan Ron pergi ambil katil Monica. Mereka menghilang dan datang semula jam 5 petang hantar barang ke rumah saya, seterusnya ke rumah Naim dan Monica. Jam 10 malam semua setel, masing-masing sakit badan dan pening-pening sebab kena jadi mangsa human traficking dalam van itu. Ye lah, keseluruhan perjalanan adalah 73km! Padahal pekan Wage ni 16km-sq jer. Dah habis kerja, semua berkumpul di rumah saya untuk makan malam pula. Lega dah setel!

Alhamdulillah, sewa van tak mahal sebab saya menyewa kali pertama dengan woningstichting. Dapatlah 50% diskaun. Nanti bila dibahagi tiga lagi murah. Yang ralat saya tak sempat ke rumah baru Naim sebab dah gelap (malam jam 5 petang). Tapi tak mengapa, lain kali kami pasti ke rumah Naim.

Esoknya hari raya. Pagi raya saya dan suami tak jumpa kotak baju raya, kasut dan macam-macam. Lepas kemas sikit2 baru jumpa, tapi dah terlambat pula untuk solat raya. Jam 12 tghr baru kami ke rumah Kak Mai. Nasib baik ada kak Mai, boleh lah merasa makanan raya dan beraya!!

Hari ini masih sakit badan dan penat. Tapi banyak kerja pulak nak kena buat, walaupun dah beritahu sv saya bahawa saya nak pindah, dia macam buat tak tau je. Makanya saya kenalah pulun kerja pulak sebab minggu lepas saya asyik mengemas aja. Apapun, gembira rumah dekat. 3 minit cycle dah sampai, nak balik 10 kali sehari pon boleh! Contoh macam hari ni, balik makan tengahari dan solat siap tidur setengah jam agi. Hihihihi…

Harap bila rumah dekat, makin semangatlah nak kerja!! InshaAllah. Nantilah saya postkan gambar rumah baru (interior nya). Sekarang macam tongkan pecah!

p/s; Tak payah pindah dah sampai habis belajar! HOrey!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: