Jangan lupa bawak periuk nasik!

“Nasik.. nak makan nasik..” Keluh kawan saya yang sedang travel di Rome, Italy. Katanya dia dah lama tak jumpa nasik dan nak makan kat luar tersangatlah mahal apalagi kena convert RM ke Euro.

Nasihat saya, lain kali kalau mahu ke luar negara, pastikan anda bawa periuk nasi yang paling kecil dan beras 1kg. Jangan lupa juga bawa bekal sambal sardin ke, sambal ikan bilis ke atau sambal apa-apalah. Pengalaman saya selama travel di europe ni, memang mesti bawak periuk nasik, atleast bila sampai first day tak payah nak gi cari kedai makan. Masak je nasik dalam hotel, terus makan dan rehat.

Saya juga selalu beringat bawa sudu, garfu, cawan dan pinggan plastik serta sabun basuh pinggan. Di samping tu mesti jugak bawak beras sbb pernah bila travel di Sevilla, Spain tak ada kedai jual beras. Nasib baik masa hari kedua kami jumpa kedai jual beras. Jenis lauk yang paling sedap dan tahan lama sambal ikan bilis. Tapi saya pernah buat ayam masak merah, malah pernah juga bawak beriani yg dah siap masak! Pun sedap jugak!.

Mesti tanya saya macam mana nak suruh lauk tu tahan lama sebab hotel biasa kat europe tak ada peti ais. Saya selalu asingkan siap-siap lauk. Kalau travel musim sejuk lagi best, tak payah letak jauh2, dalam almari baju pun sejuk. Kalau tak kenalah cari kawasan yang paling sejuk dlm bilik. Sebab tu penting hanya bawak sambal je, konfem tahan 2-5 hari. Kalau tak konfiden, panaskan lauk-lauk tu dalam periuk nasi.

Apapun terpulang pada masing-masing. Suami saya suka makan nasi cara macam ni. DIsamping jimatkan kos, tak perlu susah-susah nak cari restoran bila travel. Yelah, anak duk nangis, kita tengah lapar, boleh jadi harimau jadian dibuatnya!!

p/s : Selamat mengembara!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: