Kadang-kadang kita lupa

Sangat bersyukur abang ipar stabil selepas kena serangan jantung 3 hari lepas. Rasa sangat sedih bila bangun hari tu dan baca di wall FB abang ipar kena serangan jantung.

Penyebabnya ; Kolesterol tinggi dalam darah telah menyumbat saluran darah, seterusnya kekurangan oksigen ke jantung.

Abang ipar katanya ke masjid untuk solat malam tu, tapi pulang awal dan mengadu sakit dada. Kakak saya urut dan tanyakan dia sakitnya macam mana. Katanya sangat sakit, tak pernah macam tu. Jadi dengan sabar dan nada tak panik, kakak saya call abang iparnya dan suruh bawa ke hospital.

Kata abang ipar, “Rasa macam nak mati.”

Doktor kata memang serangan jantung. Alhamdulillah, nasib baik jantung tak cedera dan lepas rawatan abang ipar pulih. Tapi banyak pantangnya agar serangan tak berlaku lagi.

PALING kena jaga, makan.

Kakak saya kata, tu lah perkara paling susah nak suruh abang ipar saya buat. Tambah2 musim cuti sekolah ni, kakak saya masak benda berminyak, berlemak kaw kaw punyer. Bunyi seolah nada bersalah.

Kedua, ada alasan dah kena BERHENTI merokok.

Kakak saya kata, memang lah susah juga bab ni. Tapi doktor ada perli abang ipar saya. Ya lah, dahlah orang termuda dalam wad tu kena serangan jantung. Sengih2 kerang busuk abang ipar saya.

Bila jadi macam ni, saya rasa orang paling terasa tentu isteri-isteri sebab pertamanya tak menjaga apa yang keluarga kita makan.  Keduanya, kena monitor tahap kolesterol sebab nampak gaya keluarga saya walaupun kurus2 tapi kolesterol dalam darah tinggi. Saya dan suami akhirnya sama setuju untuk mula makan secara sihat. Saya juga kena berusaha belajar masak masakan yang kurang berlemak.

Tapi bila mengakhiri perbualan dengan kakak saya katanya,”Hmmm masa sakit ni lah nak pantang. Dah sihat lupa balik.” Jadi persoalan, kenapa kita bila sihat lupa segalanya?

Mungkin kena dengar lagu Raihan, “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara”.

p/s: Alhamdulillah, berkat doa semua, abang ipar dah ok. Tapi tak boleh bergantung pada doa dan tawakkal je, harus (wajib) usaha dulu bersungguh-sungguh!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: