Selamat ulang tahun perkahwinan ke-5

 

Pada saat saya terpaksa memilih antara dua, yang mana keduanya amat sukar untuk dimiliki, saya memilih untuk bersama suami saya. Walau pada mulanya saya ragu-ragu.

Pada saat saya memerlukan satu kekuatan untuk membuat satu keputusan paling penting, suami saya berjaya menambat hati saya dengan satu kata-kata,”Saya mahu kahwini kamu.”

Pada hari saya berdiri di hadapan bank Affin UPM, keseorangan, saya telah berani membuat satu keputusan, kalau saya bersama kamu, bila saya menyatakan saya mahu bersama kamu, maka saya akan berpegang pada pernyataan itu. Maka saya akan menjadi milik kamu sehingga ke akhirnya.

Apabila saya menyatakan bahawa saya akan ke luar negara, saya mendengar satu lagi kata-kata dirinya yang benar-benar membuatkan saya yakin, benar pilihan saya ini. Katanya,”Dimana saja kamu pergi, saya akan ikut kamu, jaga kamu. Kerana kamu sebenar-benarnya isteri saya.”

Bila saya pergi, dia dengan setia menunggu dengan sabar.

Bila bersama, dia juga menunggu dengan sabar.

Sabar dan terus bersabar kerana dia tahu tanggungjawab dan amanah ini.

Maka hari ini, saya mahu suami saya yang tersayang tahu bahawa selama-lama ini saya terlalu berterima kasih kerana telah menjadi seorang insan yang benar-benar menyayangi saya, menjaga saya, bersabar dengan diri saya, menerima saya seadanya dan menjadi kawan paling akrab.

Terima kasih, abang.

Sayang cintakan abang.

Selamat ulang tahun ke-5.

 

 

 

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: