Apa lagi, berita gumbiraaa

Sv melompat kegembiraan bila melihat result saya, yang pertama seumpamanya di dunia (iyalah kan)..

Alhamdulillah, syukur sungguh sebab akhirnya result baik2 yang kuar. Walaupun saya tersangatlah slow membuat kerja tapi nampaknya bila kuar result macam ni rasa ganjaran yang sangat-sangat mengujakan.

Dalam kerja kali ini saya berjaya belajar tiga jenis model statistik; linear, logistic dan linear mixed model (linear model tapi ada random effect) dengan pertolongan statistician dan sv. Saya juga berjaya belajar dari cara nak mengedit data, kepada cara nak adjust data besar, berjaya juga menggunakan semua fungsi SAS, belajar menggodek Google untuk cari fungsi SAS dan macam-macamlah. Jadi tercapai sudah impian nak belajar buat statistik yang payah-payah. Insyaallah, kalau ada orang tanya boleh le jawab (bukan macam statistician menjawab yer).

Ni board dalam opis kami, masing2 tulis kata2 semangat dalam bahasa berlainan atas board. Nee untuk berani mengatakan tidak pada supervisor (tak buat semua yang disuruh), gewoon doen dalam bahasa belanda juga bermaksud just do it atau act normal (hahahah) dan yang lain semua maksud macam usaha tangga kejayaan.

Sv panggil co-sv tadi sbb result yang sangat best, tambahan pula data saya ada hampir 8000++. Maka, tentulah kesimpulannya cukup kuat. InshaAllah akan diusahakan menulis selaju mungkin sebab tahun baru mesti azam baru, kerja lebih efisyen dan boleh hantar paper cepat2 –> boleh grad awal2 –> balik Malaysia 2014.. (doakan yang baik2 yer).

Jadi, saya (dan kawan2 satu opis) akan berkampung di opis untuk menulis, bekerja sementara orang2 Belanda yg lain bercuti, bergumbira dan sewaktu dengannya. Nak buat cemana.. ni sebab Sv pun menambah lagi, jangan lupa yer hantar ni untuk ISVEE (conference kat Maastricht). Saya pun mengangguk (angguk je, jangan bantah).

Jadi harapnye akan berjaya menghantar paper ini secepat mungkin. Iyalah, ari tu bagitau nak siapkan 1/12.. ni dah berapa haribulan kan?? Apapun, cuba jangan tak cuba!!

p/s InshaAllah akan berusaha lagi dan lagi!

Advertisements

2 responses to “Apa lagi, berita gumbiraaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: