Terima kaceh sv ^ ^

Benar, mendapat sv yang betul2 menjaga anak buah benar2 dihargai. Saya sakit 2 minggu lepas, dan saya tak dapat buat kerja jadi hampir semua benda tergendala. Bila saya sihat, saya mula menulis abstract untuk ke ISVEE 2012 di Maastricht, Belanda bulan 8 ini. Tarikh tutup hantar abstract 15hb Feb, iaitu esok. Memandangkan kesemua orang yg kerja berkenaan animal health economics akan pergi, maka bersungguh jugalah sv saya menyuruh saya hantar abstract.

Abstract pertama yang dah selamat dihantar  adalah kombinasi dari paper pertama dan abstract ke WBC, portugal, maka hanya menukar sedikit metodologi dan tajuk, mengikut kata sv kecik sebab di ISVEE ramai yang memahami perkataan teknikal dalam model seperti simulasi, two phase growth function, dsb.

Abstract kedua saya mula tulis minggu lepas hari Khamis, kemudian saya jumpa sv kecik hari Jumaat dan bincang untuk fokus satu topik penting sahaja disebabkan bilangan perkataan yang sangat sedikit untuk menceritakan keseluruhan kerja yang saya sudah buat. JAdi kami hanya fokus pada perkara yang paling penting dan yang orang lain tak pernah buat. Untuk menceritakan yang itu perlukan banyak ayat agar audiens boleh faham.

Hari Isnin saya e-mail pada sv kecik jam 9 pagi, dia balas jam 1 tengahari. Kemudian saya baiki sedikit dan e-mail semula padanya. Terus dia balas, dan saya terus forward apa yang dia baiki kepada sv besar. Kemudian sv saya namanya Monique balas jam 6 petang.

Hari ini saya buka e-mail dan baru perasan e-mail Monique. Owh, saya memang lambat!! Saya jumpa sv kecik, dan katanya ok dia pun setuju dengan cadangan Monique. Kami nak jumpa monique tapi dia tak ada, makanya saya balik ke bilik. Sv kecik juga kata sv sy yang sorang lagi tu ke switzerland mungkin takkan balas e-mail. Rupanya ramalan itu salah, jam 3 petang dia balas e-mail dan beritahu dia akan baiki juga abstract tu malam ni.

Jam 4 petang, Monique datang jumpa saya untuk menerangkan sebab dia buat pembaikan tu. Kemudian saya cuba tulis semula dan hantar pada mereka semua. Monique balas balik melalui e-mail dan sebelum balik dia ketuk bilik saya dan tanya, ok tak.. tersengih saya, almaklum semua ok.

Waktu ini (10 malam) saya buka laptop dan dapati ada email dari henk berserta e-mail. Jadi hasilnya, dah setel!! Boleh submit abstrak ke ISVEE 2012!

Terima kasih sv ku tersayang!! pastinya saya akan ingat perkara ini bila suatu hari nanti saya pulak jadi sv!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: