Cakkk.. saya takdek keje ni (mood menunggu data jatuh ke riba).

Sah, saya dah lambat. Lambat menyiapkan paper saya yang ke 3, tapi BUKAN salah saya. Salah data lambat sampai, nak jugak salahkan perkara macam ni.

Alhamdulillah, setakat ini saya selalu dapat buat kerja dalam satu masa, tak pernah lagi bertindan-tindan. Kalau adapun masa hari tu, di mana paper ke dua tengah ditulis dan paper pertama perlukan saya revise. Takpun, masa menulis paper dua, saya kena tulis abstrak.. Masa tu kelam kabut jugaklah rasanya. Malangnya, antara paper 1, 2 dan 3, gap dia besau sangat, setahun.. aduiii.. kalau kena ada 5 paper, matilah aiii.. 5 tahun tak habih2 stadi.

Tadi sv kecik mai, sebab saya tak pergi mengadap dia macam biasa sebab saya masih lagi membaiki paper ni. Dia sekarang lebih suka kami bincang depan-depan dan cakap apa yang tak difahami. Heheh hasilnya sudah pasti saya yang pening tadi, tak jadi pening.

Soalan saya yang terakhir pada dia, “ni bila data nombor 3 nak sampai” (macam tak sabar kan, padehal bila dapat slow jugak).

Sv saya balas, “tu lah, orang yang bertanggungjawab tu beranak pulakkk” (pulak daaah).

Dia tanya saya BALIK, “sekarang ni apa plan awak” (dah sebab sekarang dikira tak dak kerja nak buat kann). Haaa gabra.. gabra…

Seb baik saya dah tulis terang2 atas sticky note saya,

  • nak pegi konferens kat portugal; kena register. Punyalah letak kat tepi je borang tu
  • kena buat poster untuk ke sana dengan presentation skali
  • kena report kat UPM pasal progress; leh tunjuk kat prof Aini bahawa saya buat kerja 21/3 nati.

Jadi ada jugak mende nak buat sementara waktu ni, sebelum diterjah hari Isnin depan oleh SV2 besar saya yang lain (ni kes ada meeting next week berjemaah nak finalize paper kedua).

(Nak jugak dia suruh saya bekerja).

Pastu semalam masa saya duk sesaja atas kerusi, saya cakap kat husben saya,”kalau le tau takdak kerja bulan ni, sayang sure lah plan beranak.”

Hmm kesitu pulak!

p/s; eisyyy kerjaaa.. buat report pun kerja laa. Gaji buta kalu tak kerja, tak halal..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: