Tiada lagi IUD: sebulan selepas

Sudah sebulan saya tak lagi menggunakan IUD. Saya mulai lebih peka terutama pada perubahan emosi dan diri saya. Disebabkan saya masih lagi cuba mengelak untuk mengandung, maka saya gunakan period planner untuk cuba mengira kitaran haid dan juga menanda apa-apa perubahan dalam kitaran haid.

Selepas saya tidak lagi menggunakan IUD dan apa2 hormon atau pil, saya mula merasa lebih bersemangat terutama selepas hari ke 4/5 kitaran, sebab masa tu pendarahan sudah berakhir. Saya juga rasa lebih sihat, selera makan pun bertambah dan saya mual fokus dengan kerja-kerja di pejabat. Tak lagi lesu dan malas.

Saya juga perasan yang saya tak lagi rasa mual, pening, migrain, sakit perut etc yg seolah macam simptom mengandung. Di samping itu, saya perasan makin banyak jerawat (macam dulu-dulu juga), tapi taklah membimbangkan. Di samping itu, tiada lagi rambut gugur dan bersepah dalam bilik mandi (yang buatkan suami naik berang sebab shower asyik tersumbat). Lagi satu, saya boleh tidur dengan nyenyak, dan inilah yang paling saya perlukan selepas mengalami gangguan tidur dan asyik mengantuk di siang hari selama beberapa bulan ini.

Yang pasti, keputusan ini yang terbaik saya buat. Insha Allah, semoga kerja2 belajar ini diberkati Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: