Untuk kasut baru Aidil!!

Saya pernah mengalami situasi adik Aidil ni. Masa saya tingkatan 4, saya masih ingat kasut pallas jazz saya koyak di bahagian hadapan. Sebab dah terlalu lama dipakai, terlalu lusuh. Tapi saya memang tak ada duit, malah hanya ada RM10 sahaja seminggu sebab masa tu kami sekeluarga memang sangat susah. Saya banyak bergantung pada asrama sekolah, dengan bayaran RM35 sebulan untuk makan dan tempat tinggal. Untuk sesuatu keperluan macam kasut, baju sekolah, hatta nak beli pads bagi saya memang payah untuk dimiliki. Hanya bergantung pada kawan dan pakcik (untuk buku rujukan).

Maka saya ke sekolah dengan kasut berlubang. Lalu saya jahit kasut tersebut dan saya pastikan saya kapur kasut tu setebalnya, dan pakai kain labuh selabuhnya supaya tak nampak kasut koyak itu. Bila dikenang kembali saat itu selepas melihat gambar adik ini, saya terasa sedih. Sebab adik nih sepatutnya dapat bantuan dari JKM. Tapi saya bersyukur, ada cikgu yang prihatin pada adik ini, dan tak membezakan yang pandai dan tak pandai. Bersyukur masih ada yang sudi menolong adik ini.

Oleh itu, sudilah beringat bahawa ramai yang masih hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Untuk menderma: 130 800 107 875 26 [cimb mohd norman hardy bin yahya]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: