Saya menulis kisah Rome di Istanbul, Turki

Yep, anda baca tajuk itu dengan betul. Saya menulis blog ini di Istanbul, Turki.

Pertamanya, hari ini hari ke-4 saya di sini. Cuti sangat syiok, tapi lama sangat mula buatkan hati dan jiwa teringat kerja yang bakal menimbun minggu depan. Saya masih cuba mahu berehat tapi otak saya jem dan berfikir kenapa suami dan anak boleh lena di buai mimpi. Mungkin saya sudah rindu mahu pulang ke Wage??

Post saya sebelum ini saya di Portugal selama seminggu sebelum berlepas ke Rom, Itali untuk 3 hari. Benar, jauh perjalanan, luas pemandangan serta habis tenaga dan duit. Hari pertama di sana kami sudah ditimpa musibah, Dompet suami di curi di antara metro Collesium dan Termini. Suami letak dompet di poket belakang, jadi mungkin ada yang meragut. Apabila suami beritahu saya dengan spontan saya marah padanya. Tapi cepat-cepat bersalah pula sebab suami dalam keadaan bingung terus berhenti berjalan di tepi stesen Metro Colleseum.

Perkara pertama yang saya buat ialah mencari polis. Bukan sebab nak suruh tangkap pencuri tapi sebab nak buat report polis. Malangnya polis tak tahu berbahasa Inggeris. Aduhhh… tapi mereka faham sedikit dan beritahu arah balai polis. Perkara kedua kami buat ialah cuba membatalkan kad kredit dan kad bank suami. Nasib baik tahun ini saya mula subscribe internet dalam phone. Walaupun rasanya mahal bil roaming internet sebentar tapi tak mengapalah asalkan dapat menggunakan internet bagi mencari nombor telefon hotline HSBC, Abn Amro dan Maybank. Kami terus dapat call bank HSBC dan batalkan kad kredit dalam masa 20 minit lepas dompet dicuri.

Kemudian kami cuba mencari balai polis untuk report polis memandangkan suami turut kehilangan IC Belanda dan Malaysia. Berpusing mencari arah akhirnya kami jumpa information counter di jalan antara Colloseum dan Vanezia. Kaunter info beritahu kami di mana balai polis. Bila tiba di balai polis, katanya bos dia tak ada. Dia suruh kami cari cabrieri. Katanya polis pakai baju biru gelap. Polis biasa pakai baju biru muda dan ada polis trafik pakai baju putih. Kami terus mencari pejabat Cabrieri tu dan buat report.

Dalam pada duka, sempat posing depan colloseum

Esoknya pagi-pagi lagi kami ke embassy Belanda di Itali sebab kami tahu kena buat return visa sebab resident permit hubby n Ain hilang. Bila tiba di sana kami dikejutkan dengan berita kami tak boleh dapatkan return visa serta-merta sebab mereka kena sahkan kami ni memang menetap di Belanda. Agak terkedu sebab lusa kami akan ke Istanbul, tapi mujur dia boleh membantu dengan cara memberikan maklumat kami lebih awal ke consular Belanda di Istanbul. Kami diberikan kertas kosong dan saya cuba menulis seberapa banyak maklumat kami ada. Masa tu kami juga gunakan roaming internet sebab nak cari nombor kerakyatan (BSN). Kami turut berikan kad resident permit saya, student pass, pasport untuk di photostat.

Kami ke Istanbul hari Selasa, dan hari Rabu lepas saya telefon ke consular Belanda di Istanbul. Waktu itu jam 10 pagi. Saya terangkan masalah kami, dan mereka menerima e-mel dari Rome. Malangnya mereka hanya boleh jumpa kami hari Jumaat. Saya sungguh marah sebab saya tahu kami tak boleh terus dapatkan visa. Jadi kami terpaksa extend stay di sini. Aduh, duit lagi. Saya kata saya akan cuba ke embassy dan jumpa dengan sesiapa sahaja. Katanya tak mungkin akan ada yang boleh kami jumpa. Saya terus letak phone sebab marah sangat. Orang Belanda memang tak faham erti kecemasan!!

Saya terus beritahu suami kita akan ke consular, tapi Ain  belum mandi dan kami tak tahu arah ke sana dengan tepat. Selepas 15 minit saya sudah tenang dan saya telefon balik dan buat appointment sahaja dengan mereka sebab saya tahu itu memang sistem mereka. Pegawai yang menjawab telefon pun gembira dengan keputusan saya. Lepas itu, kami cuba check tentang penundaan kapal terbang dan segala macam yang berkaitan dengan penundaan cuti kalau kami terpaksa tunda tarikh pulang. Tapi, lepas tu kami buat keputusan untuk melawat masjid biru dan Haghia Sophia.

Hari Khamis, kami buat keputusan untuk cuba mencari jalan ke consular Belanda di Istanbul. Hubby salah pilih jalan menyebabkan kami terpaksa jalan 500m mendaki bukit 45 darjah. Ain tension dan stress sebab panas. Kemudian, bila tiba di sana baru kami sedar, security sangat ketat dan tak seperti di Rome, di sini ramai sungguh orang di luar konsular. Tak mungkin ada orang nak melayan kami kalau tanpa appointment. Nasib baik buat appointment.. Kami ambil gambar ukuran pasport untuk return visa esok dan kemudian cuba mencari jalan pulang ke Sultanahmet kembali menggunakan funicular di stesen tunel menuju ke karakoy. Alhamdulillah, lebih senang. Pulang dari sana, kami makan di bilik dan rehat sebelum buat keputusan nak ke Grand bazaar.

Hari ini, Jumaat, kami ke konsular Belanda lagi. Rupanya pintu masuk bukan di depan tapi di bahagian tepi. Ada guard dan kami harus melalui sekuriti ketat macam di airport. Kami menunggu sambil isi borang diberikan. Hubby dipanggil dan kena jawab beberapa soalan. Kemudian dia turun balik dan bawa borang baru. Rupanya tadi borang salah, saya stress dan pening pulak. Lepas beberapa lama hubby dipanggil balik dan dia perlu jawab beberapa soalan lagi. Saya dipanggil sekejap sebab nak sign borang penjaga Ain.

Ain nak kencing maka saya terpaksa bawa beg pikul dan segala macam barang masuk toilet. Stress lagi. Ain duduk atas toilet, dan kencing. Bila siap, katanya, “Thank you mama.” Hilang stress mendengarnya.

Keluar dari toilet saya lihat hubby dah ada atas kerusi menunggu. Katanay sambil tersenyum,”Visa siap pukul 2 petang hari ni.”

“Alhamdulillah.” Terus terpacul perkataan itu. Sungguh saya rasa lega. Kami keluar dari konsular Belanda berwajah gembira.

Sekarang saya boleh habiskan cuti ini dengan tenang..

Paling penting, hari Isnin boleh masuk kerja ;p

Advertisements

2 responses to “Saya menulis kisah Rome di Istanbul, Turki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: