Mee kari

Mee kari yang saya buat sebenarnya hanya bersandarkan kari semata dan tanpa menggunakan santan. Jadi taklah muak serta lebih menyihatkan.

 

Bahan-bahan untuk kuah

  • 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 2 peket paling kecil kari BABA
  • 2 sudu besar kari madras
  • 1 sudu teh serbuk lada, nak pedas lagi tambah lagi banyak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk hiasan

  • Timun
  • Daun bawang
  • Lada merah
  • Taugeh
  • Tauhu
  • bawang goreng
  • Telur rebus

Bahan untuk mee

  • Spaghetti paling murah cap euro shopper. Paling murah spaghetti mmg sama rasa mcm mee.

 

Cara-cara masak

  • Tumiskan bawang yang telah dihiris berserta kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga kekuningan.
  • Kemudian, kari (BABAS, madras) dan serbuk lada disatukan dalam mangkuk dan di campur dengan air.
  • Setelah itu, masukkan sebatian tadi ke dalam tumisan bawang tadi dan di goreng sehingga pecah minyak. Sebenarnya agak lama juga nak suruh pecah minyak, dan ini adalah perkara paling penting dalam menumis kari supaya kari tadi benar-benar masak. JIka perlu tambah sedikit lagi minyak.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaulkan semua hingga sekata.
  • Setelah itu masukkan lebih kurang 1 1/2 liter air.
  • Tunggu sehingga gelegak dan perlahankan api. Biarkan di atas dapur di atas api perlahan selama 30 minit.
  • Di dalam periuk lain, panaskan air dan masak spaghetti mengikut arahan di ata pembungkus.
  • Untuk tauhu, panaskan api, dan goreng sebiji tauhu yang belum dihiris sehingga garing sedikit. Kemudian bila sejuk hiriskan.
  • Untuk bawang goreng, hiriskan bawang merah kecil dan goreng sehingga garing.
  • Mee kari sedia untuk dihidangkan.

 

 

 

 

 

Advertisements

2 responses to “Mee kari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: