4_ kg, 16 minggu dan makan banyak..

Antara perkembangan minggu ini adalah saya semakin bertenaga sebab banyak makan!!

Alhamdulillah, masa check-up baby semalam dapat dengar bunyi degupan jantung yang amat kuat. MasyaAllah, sungguh teruja dan gembira hati saya. Sejak 2 minggu sebelum, saya menyedari ada sedikit lendir berwarna merah coklat, mungkin sekali-sekala sahaja tanpa diiringi sakit perut. Saya sedikit waspada, tapi selepas berjumpa midwife, katanya pada masa ini cervix ada banyak salur darah halus yang makin banyak. Sedikit tekanan mungkin akan menyebabkan salur sarah ini pecah. Tapi itu bukanlah satu masalah yang besar.

Minggu ini juga menyaksikan peningkatan berat badan dari 4_ ke 4_.. hahaha untuk orang yang kurus, agak malu nak beritahu berat badan jadi pandai-pandailah teka ye. Peningkatan berat badan mungkin berpunca dari berat fetus dalam kandungan yang semakin besar serta disebabkan oleh selera makan (maksudnya saya makan banyak) yang menjadi-jadi. Kemungkinan besar akan ada banyak gambar makanan kembali menghiasi blog ini 😉

Dari segi perihal kerja, alhamdulillah sudah beritahu supervisor yang berkenaan. Orang lain mungkin boleh tunggu untuk berita ini tapi bagi yang setia membaca, terbaca blog ini pasti akan tahu. Saya memang tak mahu war-warkan di facebook. Biarlah sekadar di blog ini dan di instagram. Saya masih menulis paper ketiga, di bahagian discussion. Hari ini akan dapat maklumbalas dari supervisor mengenai perkara yang saya tak tahu apa nak discuss/ susah nak discuss sebab ini membabitkan management lembu susu belanda yang saya pun tak berapa nak arif.

Jadi, semoga dipermudahkan segala urusan kerja dan mengandung. InshaAllah, kalau Allah kata ada rezeki, adalah tu. Lambat atau cepat kita tak tahu, sebab Allah yang menentukan segalanya.

Advertisements

One response to “4_ kg, 16 minggu dan makan banyak..

  • huda R

    Hi Yani!!!! Kak huda R ni! Tahniah ye. take care. Takpe je makan banyak. Gemuk time pregnant is forgivable….hahaha. kim salam due and ain!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: