kes tak tahan daulat

Bulan ke lima mengandung.

Kali ini saya berasa agak beruntung dapat membeli keperluan (yang tak berapa perlu) lebih awal dari masa mula-mula mengandung.

Selepas meneliti katil-katil bayi yang tak pernah saya beli untuk Ain dulu, maka saya buat keputusan untuk beli stokke sleepi (second hand ok) memandangkan ruang rumah kami yang teramat kecil dimana baby baru terpaksa bersempitan dalam bilik kami sebab bilik satu lagi adalah untuk ‘Ain. Mana aci kan baby dapat bilik ‘Ain. Ain jangan jeles sebab katil IKEA ain tu pun mahal jugak.

Macam ni lah rupa Stokke Sleepi (janganlah ditanya harganya). Tuan empunya katil sebelum tu kasi semua accessories yang masih elok lagi rupanya dan berbau harum pula tu. Gembira hati ini.. 🙂 😉 😉

Jadi aktiviti sekarang adalah cuba mencari jalan penyelesaian menggunakan ruang sempit seefisyen yang boleh. Kami tepaksa buka satu almari besar dalam bilik tidur untuk sediakan ruang bagi baby baru. Almari Billy IKEA dalam stor pun terpaksa di letakkan di tempat lain sebab saya nak gantung semua jaket, kot dan kain basah dalam tu. Lagi-lagi lepas baby baru tiba, konfem banyak kain kena basuh.

Oleh sebab duk mengangkut dan mengemas, dan juga di usia yang lebih tua maka saya cepat penat dan nak tidur je kejenya. Kalau over sangat, pasti cepat sakit jadi saya fikir mungkin bulan kelima ni permulaan sesuai untuk sedikit demi sedikit ubahsuai mana yang boleh.

p/s: Sungguh tak tahan daulat!


2 responses to “kes tak tahan daulat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: