Perangai orang mengandung

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke 24. Diam tak diam sudah melepasi separuh waktu. Post sebelum ni banyak bercerita tentang research.. research.. saya pun jemu baca blog sendiri.

Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini selain sibuk habiskan kerja, saya berperangai mahu cantik-cantik. Bukan setakat nak pakai baju cantik, tapi nak bersolek-solek jugak (apakah?). Hari ni duk depan cermin pakai celak, maskara dan segala bagai. Suami kata muka mcam masa hari akad nikah (lawa ke tu maksudnya??).

Dahulu, boleh dikatakan saya amatlah kurang online shopping, tapi sejak mengandung dan tenaga nak berjalan pun makin merudum, saya banyak mengintai website baju, website mekap, website krim kecantikan.. Suami pun pening !*&@^&%#&^@&(@

Nak dijadikan cerita, kisah bermula bila sejak beberapa minggu ini saya sudah mula mengemas rumah (bila saya kata mengemas, maksudnya memang buang segala barang lama, susun atur perabot dan macam-macamlah). Kemudian, saya jumpa balik krim yang diberi oleh bos suami saya masa diaorang datang Amsterdam hari tu.

Bukan 50ml okeh, hanya 5 ml sahaja. Jadi saya pun cubalah kan, memandangkan sendiri tak pernah cuba produck-produk kecantikan muka sebab tak pernah peduli. Hohohohoh… ternyata (ceh macam testimoni pulak dah) memang sesuai dengan kulit muka saya!!! Biasa saya guna krim nivea saja, jadi kulit masih gelupas almaklum musim sejuk. Guna 5ml krim ni, sampai digunting2 botol tu, rasanya  2 minggu terus kulit muka ok. Tapi mak aiiii mahalnye… intai-intai kat douglas, kat ICI paris memang mahal… pengsan i ols (bersekali suami pun pengsan).

Produk kedua yang diberi bos husband juga jenama sama ialah

Pun 5 ml tapi mak ai.. sampai saya rela buang losyen tangan body shop dalam tong sampah. Pakai seminggu terus jari-jari yang selalu terkupas tu jadi elok. Alhamdulillah, saya dah tak cuba gigit kulit jari tangan yang selalu berkupas tu.

Sekarang ni duk nengok dalam kedai diskaun krismas lah. Tengok mana yang boleh kasi pakej murah-murah. Sampaikan ofismate pun duk melayan je karenah mak buyung ni. Nasib baik ofismate kaki suka berlawa (sebab bukan orang Belanda hehehheehe). Sampaikan korang pun kena melayan post ni.

Eisy… macam-macam pulak jumpa, boleh jadi pokai macam ni. Sabar-sabar.. dahlah barang baby kena beli jugak ni. Ni le kes perangai terbaru saya.

 

p/s; sambung online window shopping lagi


One response to “Perangai orang mengandung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: