26 minggu: Persiapan fizikal –> menjadi mental (menyenaraikan keperluan untuk kelahiran)

Dugaan berat melanda sekali lagi. Saya sudah tidak boleh buat aktiviti fizikal. Naik basikal ke centrum Wageningen (2km pergi balik) memang menyebabkan saya boleh penat –> tidor awal. Memang memenatkan. Malah 2 hari lepas saya main snow dengan ‘Ain, say amasih penat dan tak berupaya nak jalan!! Oleh itu saya cuba mengurangkan aktiviti fizikal dan banyak berehat di rumah.

Saya juga cuba menyesuaikan diri dengan bekerja di rumah. Saya suka duduk di rumah sebab satu senang nak solat, almaklum zohor jam 12.30 dan asar pula 2.30 petang. Maghrib pula 4.30pm dan terus dah gelap, jjadi saya harus pulang awal untuk elakkan perkara tak diingini almaklum berbadan dua ni macam-macam hal boleh berlaku. Di samping itu, makan juga terurus, boleh makan nasi waktu tengahari berbanding makan roti atau makan nasi sikit sahaja (tak boleh pulun banyak2 denpan kawan). Alhamdulillah, supervisor memahami dan menyatakan untuk tempoh ini elok buat literature review dan modeling di rumah sahaja. Saya bertekad mahu ke pejabat 2 hari seminggu supaya dapat selesaikan perkara-perkara penting.

Masuk minggu ke 26/ 27 saya mula serius mencari barang keperluan bayi. Ini disebabkan kewangan, dan kudrat saya yang makin menurun. Nak berjalan dalam sejuk ditambah perut boyot… oooo.. tak nak!! Boleh dikatakan saya banyak google senarai barang keperluan dan adaptasi ikut pengalaman lalu. Mana yang perlu dan menjadi keperluan di sini itulah yang saya cari.

Saya tak pernah tulis senarai masa mengandung dulu sebab saya tahu kekangan kewangan yang kuat. Yang saya buat ialah saya simpan duit gaji berbulan-bulan (selama 9 bulan mengandung). Kemudian saya membeli belah masa saya mengandung 8-9 bulan dan sebelum pulang ke kampung untuk pantang (saya beranak di HUKM, kampung saya di Kelantan). Yang saya tahu saya nak beli ialah mesin pam menyusu dan barang berkaitan menyusu sahaja. Baju-baju baby semua kakak saya derma. Kereta sorong ofismate husben yang kasi. Katil baby jauh sekali nak fikir hanya tilam bayi didermakan kakak. Mungkin juga sebab kami berkereta maka taklah saya terfikir susahnya nak ke shopping complex.

Berbalik pada situasi sekarang, masih lagi ada kekangan kewangan. Tapi agak minimal dan alhamdulillah mampu berbelanja lebih sebab kali ini bila saya mengandung saya sudah dalam situasi selesa; rumah dan kelengkapan dalam rumah hampir kesemuanya sudah dibeli, saya sudah puas berbelanja untuk diri sendiri (untuk nafsu), kedudukan rumah yang terlalu hampir dengan pejabat serta kami sudah travel ke banyak tempat. Yang tinggal adalah menambah zuriat lagi😉

Di bawah saya senaraikan barang yang saya beli/terbeli atas sebab keperluan:

Barang keperluan ibu mengandung

  • Seluar mengandung: Saya cuba beli jenama H&M, Esprit dan C&A. Yang saya suka hanya esprit. Mungkin sebab lebih besar dan bahan buatan yang tak menggatalkan perut. Bagus ada seluar mengandung, sebab boleh bergaya dengan baju sebelum mengandung. Saya ada banyak baju besar, kembang-kembang dan saya pun tak membesar bagai juara. Jadi satu pelaburan yang baik untuk masa akan datang bila mengandung lagi
  • Baju maxi: Rasanya baju maxi lebih selesa berbanding baju mengandung biasa. Fabrik lebih lembut, labuh tak nampak kaki dan bila perut memboyot tahap maksimum, lebih elok pakai baju macam ni. Kalau tak, bila pakai seluar mengandung duduk 10 minit dah rasa macam nak mati..

60

  • Seluar dalam besar: Yang ni saya invest seluar dalam besar dari sloggi. Beli 4, dan basuh hari-hari. Memang best sebab fabrik dia lembut.
  • Bra mengandung: Masa awal kehamilan, saya beli bra baru (Paling best calvin klein punya) sebab tahu saiz memang akan naik sekurang-kurangnya 2 cup. Tapi bra tu ada wire. Lepas dah masuk 3-4 bulan kena beli yang lain. Masa tu elok beli yang memang khas untuk mengandung. Saya beli kat Hema, harganya Eur6 satu sebab Sale. Beli 4 dan ganti-ganti basuh hari-hari (gunakan heater untuk lebih cepat kering).
  • Supplement: Saya masih makan supplement prenatal dan minyak ikan. Disamping itu makan madu Manuka 18+.
  • Minyak urut perineum: Yang ni kawan yang cadangkan. Kata dia elok diurut bahagian tu selepas minggu 34 mengandung. Dapat minimize vaginal tear kalau vaginal birth la.48
  • Minyak zaitun: Antara semua minyak atau losyen, hanya minyak zaitun je yang berkesan mengurangkan kegatalan perut saya. Bio oil pun tak boleh lawan minyak ni. Saya suka sebab minyak zaitun menyerap lepas disapu. Paling penting, organic dan dari sumber tumbuhan tak macam losyen. Oppss saya memang jenis tak ada strech mark, jadi tak ada petua nak kurangkan masalah tu .

Barang keperluan bayi dalam pantang

Masa kami pindah ke Belanda, saya tinggalkan semua barang bayi ‘Ain sebab saya tak fikir akan mengandung lagi di sini. Rasa agak menyesal tak bawa barang-barang tu macam bantal menyusu dan botol susu. Tapi apa yang saya buat ialah saya beli baju baru dan baju second hand. Biasa ada jual baju second hand, kalau saya nak beli hanya beli yang branded dan bersih sahaja lagi satu, baju2 tebal yang tak guna kat Malaysia elok beli second hand aja.. sebelum balik jual je.. Kalau rompers tu elok beli baru.

  • Baju: Saya beli rompers yang baru punya 10 helai (tgh sale kat Hema 5 helai eur7). Ada lagi baju-baju second hand. Masalah negara 4 musim, baju Sale sekarang mungkin tak sesuai guna bila baby tiba. Tapi harap-harap dan ikut pengalaman, baju lengan panjang lah yang diperlukan sangat-sangat dan elok dibeli banyak-banyak. Balik malaysia mama potong lengan tu jadi lengan pendek. Boleh recycle balik.
  • Seluar: Saya pun cuba cari yang second hand. Bila ada duit saya beli sehelai dua macam jeans untuk jalan-jalan. Kalau kegunaan dalam rumah, elok yang second hand sahaja.
  • Mesin pam susu: Yang ni dah beli Medela freestyle, adapter avent untuk botol susu avent dan 30 biji botol susu avent, plastik untuk isi susu jugak (terima kasih Farina bagi cadangan) dan rasanya lepas dah beranak, beli parts medela tu. Ada satu lagi spectra, juga akan digunakan ;P49
  • Nursing shawl atau poncho: Terjumpa baju poncho kain viscose kat Esprit. Harganya Eur 11. Beli saiz M sbb saiz lain semua tak ada. Patutnya saiz M Dutch macam saiz L atau XL untuk saya. Dah order, nanti sampai kena modify untuk nursing. 61Saya juga ada banyak shawl dalam almari. Jadi tengoklah mana satu nak modify.
  • Barang mandian: Kami beli keperluan ni semua second hand. Saya dapat bath tub mandian (yang ada lubang kat bawah) dan set untuk letak bayi masa mandi brand bebe jou murah je dalam eur5.. rupa masih macam baru. Lagi satu rekod penjimatan.46
  • Katil, sarung tilam, bantal, selimut: Yang ni kami beli stokke sleepi second hand. Ni sebab ruang rumah yang kecil dan sebab saya fikir boleh guna untuk adik-adik lagi sebab katil Stokke jaminan dia 7 tahun. Yang saya pernah lihat masa mencari-cari katil stokke second hand, ada katil tu walaupun usia 10 tahun macam baru. Memang tahan. Lagi satu, kami memang ada katil untuk toddler (prof kat department kasi), jadi bila dah pandai panjat katil biasa, elok terus ke katil biasa jadi adik-adik (agak-agak berapa adik?) boleh sambung guna katil stokke tu. Lain-lain pun dah ada second hand juga.
  • Kereta sorong: Kami dah memiliki maxi cosi mila. IMG_0242Tapi memandangkan kami mungkin akan berada di sini samada 6 bulan atau setahun lagi, atas sebab keselesaan dan tanpa kereta, saya beralah juga untuk beli kereta sorong tayar besar. Tapi saya beli second hand sahaja sebab saya tahu, kalau kat Malaysia tak mungkin kami nk guna yg besar mcm ni dan ada potensi saya kan jual balik sebelum pulang ke Malaysia. Atas keselesaan dan bajet, saya beli Quinny buzz 3. Kata ownernya masih rupa seperti baru sebab letak kat rumah mak ayah dia. Adalah sikit masalahnya tapi saya tak kisah, janji dapat tolak pegi town atau naik bas masa baby masih kecik. Dah boleh duduk nanti beli kerusi basikal dan naik basikal je lah.. boleh jual balik quinny tu (dan beli quinny zapp xtra hahahah).47
  • Car seat Maxi cosi: Yang ini kami memang nak beli baru. Kawan cadangkan maxi cosi pebble sebab kepala tak terturun ke bawah. Lagi satu boleh buat car seat kat Malaysia dan boleh attach kat quinny buzz 3 dan maxi cosi mila yang kami dah ada. Dah beli warna onyx lilac dengan harga eur115 ;p

58

  • Kerusi fisher price: Ni kawan kerja fisher price dapatkan untuk harga paling murah. Tak nak beli pun tak apa. Kami pilih yang ini sebab jimat ruang dan sebab sini sejuk nak letak atas lantai/ tilam sahaja. 52
  • Alat-alat sampingan: Losyen, sabun mandi, minyak-minyak, termometer, cotton bud etc semua dah ada. Ni hasil dah ada anak, jadi tak perlu sibuk-sibuk nak beli alatan kecil2 macam ni. Tuala ‘Ain yang ada hood pun masih ok. Lepas tu kain lampin pun ada yang second hand punya.
  • Booties and mittens: Ada orang derma dan jumpa yang murah ;p.
  • Barut perut: Hari tu adik dari Malaysia kirim. Kalau nak tambah lagi, rasanya saya akan jahit sendiri.
  • Pampers: Yang ni beli yang newborn tapi cap paling murah sebab untuk 2-3 hari pertama memang banyak tukar lampin. Rasanya tong sampah tak perlu yang baru atau jenis yang canggih-canggih. 6 bulan pertama kalau full breastfeed, memang bau najis baby langsun tak ada. Lepas makan solid food, masa tu kena carik yang canggih sikit. Dah beli jenama kruidvat.

Barang keperluan masa nak pergi hospital/ kalau tak jadi home birth

  • Belum fikir lagi. Kena update lain kali. Tapi kena isi beg tu dengan macam-macam.. Patut dah mula dah kumpul barang.

Barang keperluan dalam pantang

  • Fybogel atau seumpama dengannya: Untuk masalah susah buang air besar51
  • Salindah: Kena kirim dari Malaysia.
  • Seluar dalam pakai buang: Belum beli. NI elok beli, sebab kalau dah darah banyak atas seluar dalam, tak kuasa nak cuci. Takpun guna seluar dalam yang dah nazak/ uzur. Buang je lepas tu. Habis pantang, beli baru..
  • Maternity pads: Dah beli 10, pastu beli yang overnight pads tu dalam 30.
  • Kain sarung: Nak nak kena 10 helai.. best pakai ni..
  • Baju menyusu: Dah beli 3 pasang untuk jalan-jalan sahaja (kes tak berkereta). Ada banyak baju saya yang jenis butang depan, jadi inshaAllah boleh cover-cover..
  • Bra menyusu: Dah beli dari Hema dalam 7 helai. Elok sehari sehelai guna sebab bau susu masammm. Beli banyak sebab harganaya Eur6 satu (sebab sale). Nanti kalau dah konfem memang menyusu untuk 2 tahun (justified by susu yang banyak dalm 1 bulan), elok beli yang bagus sikit. Bukan apa, besar breast tu masa tempoh menyusu.. kena support elok punya.
  • Nursing pad: Dah beli dari Hema.
  • Lain-lain belum fikir lagi.

Barang keperluan anak dan suami dalam pantang

  • Makanan: Disebabkan pantang kali ini saya dan suami sahaja ada, maka saya mula merancang apa yang patut saya sediakan supaya suami dan anak tak kelaparan. Saya rancang nak masak makanan macam kari ayam/ daging, kurma ayam/daging, sambal nasi lemak dan letak dalam freezer. Mungkin makanan untuk 2-3 minggu. Saya juga dah beritahu suami siap-siap kena buat garam kunyit, boleh lumur pada ikan atau ayam, goreng je.. jadi ada makan frozen dan makanan yang baru.
  • Ajar suami potong ayam dan siang ikan: Yang ni kemahiran dah ada. Kemahiran baru saya suruh suami potong sayur. Jadi taklah dia terkial-kial kalu nak kena masak sup sayur.
  • Makanan saya pula senang, ikan bakar. Cuma perlu marinate ikan dan bekukan. Jadi suami cuma perlu bakar je ikan. Lagi satu, ikan kering pun sedap. Nampak gaya kena kirim dari kelantan ikan kering gelama..!

20130119-172021.jpg

  • Ajar suami guna breadmaker: Saya suka roti fresh dari breadmaker. LAgipun sebab roti kat kedai banyak E471, jadi kami terus tak minat nak cari roti lain yang keras. Oleh itu kena ajar suami macam mana nak buat roti. Taklah susah nanti nak sediakan lunch untuk ‘ain.50
  • Kemas baju suami dan anak: Yang ini perlu sebab musim dah nak berubah bulan 3 tu. Sekarang ni ‘Ain dah banyak tukar baju saiz lebih besar, jadi saya kena pastikan seluar dan baju ‘ain tersusun elok, senang nanti nak pergi sekolah. Dah kemas semua baju saya, suami dan anak.
  • Organize bilik air, bilik tidur saya dan anak dan tempat jemur baju: Semua dah buat! Paling penting tempat jemur baju. Kena pastikan ada sistem, baru tak kelam kabut bila baby baru tiba.
  • Penuhkan dapur dengan barang makanan dalam tin, gula, garam etc: Yang ni belum buat.

p/s: Akan update senarai


4 responses to “26 minggu: Persiapan fizikal –> menjadi mental (menyenaraikan keperluan untuk kelahiran)

  • Farina

    Lagi satu kak Yani,

    Beli nursing pad, untuk alas dalam bra. Saya pakai disposable punya sbb kat sini murah and malas nak basuh, hehe. Tapi kalau rajin basuh, beli lah yang washable punya. By 6 months saya tak pakai dah sebab susu dah tak selalu leak.

    Maxi cosi pebble tuh infant car seat ke convertible? Memang bagus beli baru, sebab car seat ada expiration date-max 5-6 years, lepas tuh tak safe dah pakai.So, kalau anak kak yani no 3 kalau selang tak jauh nanti boleh la pakai yang sama, hehe. Anak no 2 pun tak kuar lagi dah cakap no 3. Faliela punya infant car seat kami beli yang used, so tahan setahun setengah je and kami buang. Tapi ada alasan nak beli yang baru nanti, hehe.

    Flybogel tuh ape kebenda nya tuh? Saya makan prune juice, mujarab😀

  • husna A. Hamid

    good luck kak yani =), very details =)

  • Fatimah Yusoff

    massage tu nk start awal pun blh..rsnye sy start before 34 weeks..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: