Aktiviti cuti akhir tahun 2012: Duk rumah berkemas!

Akhir tahun ini kami tak cukup bajet dan saya tak cukup tenaga nak berjalan ke mana-mana. Tapi saya tetap bercuti.. mana bole tak cuti. Orang Belanda cuti, takkanlah kita tak nak cuti. Lagipun cuti ni bagus, untuk tenangkan fikiran sekaligus bila masuk tahun baru atau memulakan kerja kita lebih bersemangat. Jadi bila kena cuti jangan tak cuti, kerja-kerja tak pernah habis.

Cuti kali ini saya isikan dengan beberapa perkara.

Pertama menyambut ulangtahun perkahwinan ke 6 dan majlis hari lahir ‘Ain ke 5 yang saya tunda disebabkan kesibukan pada awal Disember. Saya tak buat majlis besar hanya menjemput rakan-rakan warga-Wage, teman di Utrecht dan Groningen serta 2 office mate.

3

4

Paling best tahun ini sebab kami dapat bakar ayam belanda. Memang happening habiss.. iyalah tak pernah-pernah kami masak ayam itu, jadi tentulah saya rasa teruja.

9

Kisah nak bakar ayam belanda ni bermula bila pada hari Sabtu, saya ikut Naim dan Fatimah pergi ke Ede sebab nak shopping ke toko. Naim tanya saya, pernah tak jumpa ayam belanda. Dia teringin sangat nak cuba masak dan makan. Saya memang sepanjang duk kat sini tak pernah jumpa ayam belanda halal. Saya cakap mungkin boleh request kat kedai halal yang ada di Wageningen. Nak dijadikan cerita, hari Isnin 24/12, lepas saya check up perut di bakermat, saya terus shopping barang nak hias rumah dan kemudian terus ke kedai zam zam (kedai halal) sebab nak beli daging. Bila masuk kedai tu perkara pertama saya nampak ialah ayam belanda. Eh, ayam belanda ke tu? Saya tanyakan customer sorang lagi dan dia terus mengiyakan. Perkara pertama saya buat ialah, telefon Naim!

“Naim, nak tak turkey ni? Kalau nak boleh je kita share. Tapi aku tak dapat nak bawak balik. Besar weh.. 4 kg!. Harganya Eur8 sekg. ”

Naim kat ok, dan saya terus pilih ayam belanda dan bayar. Saya cakap kawan akan datang ambil pukul 4 nanti. Petang tu Naim telefon dan cakap, “Eh Yani betul tak ko beli ayam Belanda tadi? Makcik tu cakap tak ada pun!”

Dalam hati saya membara-bara marah sebab saya dah bayar tu ayam Belanda. Naim pula marah sebab katanya, alamak tak boleh makan ayam belanda lah, dan bukan sebab say adah bayar! Hampeh betul Naim. Saya pula terus cari resit pembelian tadi. Saya telefon Naim balik, balas Naim, ayam itu sudah dijumpai. Horeyyyy!!!

Kalau nak tahu apa diaorang buat dengan ayam tersebut boleh baca kat sini.

8Pagi 25/12 Naim telefon saya suruh panaskan oven. Dia kemudian datang membawa ayam belanda berserta arahan-arahan untuk kami. Katanya, setiap 30 minit kena ambil lelehan ayam tadi dan siramkan balik atas ayam. Katanya lagi, tempoh masak 1kg=25 minit, jadi kalau 4.1 kg dalam 2 jam lebih lah. Kami (saya, Ani, Zamani) bertungkus lumus memastikan ayam itu dimasak dengan sempurna (Api gas oven nombor 6).

Lebih kurang selepas 2 jam, Naim telefon dan kata boleh cuba cucuk ayam dan kalau darah tak keluar itu tandanya ayam dah masak. Kami pun cucuklah ayam tu tapi tak pasti nak buat apa kan lepas tu. Jadi saya perlahankan api oven dan bila Naim datang terus matikan oven dan rehatkan ayam di luar. Sangat best dan ini pengalaman pertama kami semua! Ayam tu pulak nampak sangat cantik. Puas hati tau!

Kalau nak tahu, rasanya sangat sedap! Memang sangat best dan rasanya kalau diberi peluang nak saya masak ayam ni lagi.

Selain dari itu, menu saya sediakan adalah laksam, roti jala dan nasi ayam. Saya juga sediakan tzaziki untuk dimakan bersama ayam belanda.

5

6

7

Perkara kedua yang saya buat ialah menyediakan kelengkapan dan persediaan untuk kelahiran. Boleh rujuk post saya sebelum ini untuk senarai barang. Saya basuh semua baju-seluar, selimut, cover quinny dan macam-macamlah. Kemudian saya susun atur semuanya dalam bilik. Kami pasang katil dan lepas semuanya dah siap, suami berjenaka.. pelik pula nak ada anak satu lagi. Iyalah selepas 5 tahun, masing-masing terlupa terujanya nak menyambut kedatangan orang baru. Baby ni macam tau-tau aja kan, sebab menendang mama.. gembira dapat katil baru ek.. Sabar-sabar lah.

Saya juga dah beli kelengkapan nak diletakkan dalam beg ke hospital seperti maternity pads, nursing pads, baju-baju, kain-kain. Malah beli beg baru lagi! (opps). Semua dah ada di rak.

Perkara ketiga saya cuba buat ialah cuba organize dapur, tapi sebab saya tak punya masa banyak dan keletihan jadi saya akan cuba buat perlahan-laham minggu depan nanti. Saya juga cuba untuk fikir apa yang menjadi keperluan waktu minggu pertama dalam pantang supaya masing-masing tak stress.

Perkara keempat pula, saya pastikan saya mendapat rehat secukupnya sebelum mula bekerja esok. Saya tak paksa diri masak macam-macam. Saya banyak duduk di tempat sunyi atau dalm bilik supaya boleh beul-betul kosongkan minda. Say ajuga cuba untuk tak sentuh kerja saya. Ini untuk memastikan saya benar-benar berehat sebelum bekerja keras untuk 2 bulan akan datang ni.

Perkara kelima dan terakhir yang saya buat ialah refleksi diri sepanjang 5 tahun disini, mengira azam untuk 1 tahun lagi dan azam menjadi muslimah lebih baik dan berbicara dengan suami tentang perancangan dia bila kami balik di Malaysia. Rasanya, masing-masing tak sabar, tapi dalam masa yang sama memahami inilah tahun terakhir kami tak sibuk macam kat Malaysia. Jadi saya akan pastikan kami menikmati ‘cuti’ ini sebaik mungkin.

p/s: Perancanganlah yang membezakan sesuatu itu berjaya atau tidak, dengan izin Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: