Kami 20 tahun lepas ;P

Siapa sangka, siapa menduga.. Rakan sekelas saya semasa di sekolah menengah menjadi suami saya.

20 tahun lepas, kami menjejakkan kaki ke kelas yang sama, 1 Arab 1 dan kami terus menjadi rakan sekelas untuk 5 tahun berikutnya. Masing-masing pada masa itu kurus, keding, kecil (rasanya masih lagi sebegitu) dan berpewatakan sangat berbeza. Malah, suami langsung tidak memandang isterinya yang dikatakan sangatlah banyak mulut. Amboi mulut….

Saya memang menyimpan gambar masa kami di tingkatan 1, namun tak boleh nak kongsikan disini sebab gambar tu ada di Malaysia. Yang ada hanyalah gambar PRS (Pembimbing rakan sebaya) semasa tingkatan 4 dan 5.

12 13

Buat ‘Ain, ayah tak mengorat mama masa sekolah tau. Ayah hanya ajak mama keluar selepas mama habis exam Doktor perubatan veterinar. Walaupun mama, ayah dan kawan-kawan lain ada berjumpa banyak kali sebelum tu, ayah masih tak cuba nak menorat mama. Bila mama dah betul-betul habis dan ayah dah cukup duit simpanan, baru ayah cuba test market. Mama pulak tak tahu, keluar ajalah dengan ayah pergi MIHAS. Rupanya itu kali pertama ayah keluar berdua dengan perempuan. Rupanya itu kali pertama ayah bertanya pada seorang gadis, sudikah anda menjadi isteri saya.. cheewah.. Comel je…

Mama tujukan lagu di bawah untuk ayah sempena genap 20 tahun perkenalan kami dengan ucapan

‘sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku.. terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu’

p/s: Jodoh, pertemuan memang ditangan Allah. Namun ini harus dimulai dengan usaha dan doa. Alhamdulillah.. Sangat bersyukur dipertemukan dengan ayah yang sungguh sabar orangnya.


One response to “Kami 20 tahun lepas ;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: