Makanan dalam pantang untuk disejukbeku

Minggu 32 mengandung.

Saya sudah senaraikan dalam telefon menu untuk pantang nanti. Ini disebabkan saya ada terbaca dalam blog dimana apabila menerima kehadiran orang baru, perkara terakhir kita nak fikir ialah apa perlu dimasak. Kalau di Malaysia, sudah tentu ibu saya ada. Jadi tak perlulah nak fikir sangat tentang hal ehwal makanan masa pantang. Tetapi disebabkan saya berpantang bersama suami, jadi saya perlu menyediakan perancangan makanan. Ini memerlukan masa sebab bukan mudah untuk memasak lebih. Tambahan pula saya sudah tidak mampu memasak teruk-teruk seperti 3 minggu lepas. Oleh itu, suami perlu memainkan peranan menolong memotong bahan mentah.

Mulai minggu ini saya masak setiap hari untuk dimakan sekali, dan lebihannya terus disejuk beku. Walaupun agak leceh nak masak hari-hari, saya rasa dengan cara ini saya boleh cuba makanan itu dan menjamin kesedapan makanan untuk hari pantang nanti. Saya akan cuba sejuk beku makanan untuk tempoh 2 minggu pantang, untuk 3 kali hidangan. Kalau ada masa sebab saya perlu sejuk beku makanan untuk suami dan anak, saya akan cuba sehingga 3 minggu.

Alhamdulillah, saya masih ingat apa yang saya lalui masa berpantang dulu. Jadi dalam kepala saya sudah tersedia senarai makanan yang saya nak buat. Makanan pantang saya senaraikan adalah mengikut bahan mentah. Saya cuba elakkan benda bergoreng atau gunakan minyak sedikit sahaja. Kebiasaan cara masak untuk orang pantang adalah bakar terus atas api/ grill pan, bakar dalam aluminium foil nak canggih lagi dalam daun pisang atau stim. Yang membezakan setiap resepi adalah campuran bahan-bahan marinate. Selain ikan, saya akan makan ayam dan daging walaupun waktu saya berpantang dulu mak saya tak masak langsung ayam atau daging.

Saya juga takkan pantang dengan makan nasi sedikit. Satu faktor adalah sebab bila saya nekad untuk menyusukan anak saya, saya rasa makan nasi banyak/ikut keperluan membantu saya sembuh lebih cepat, memberikan lebih banyak tenaga untuk uruskan anak dan membantu menghasilkan susu lebih banyak. Anda harus ingat, untuk pengeluaran susu, jumlah tenaga berlebihan yang anda ada (iaitu tenaga selepas digunakan untuk bergerak, perkumuhan dan sebagainya) menentukan berapa banyak susu anda.  Di samping itu, memakan makanan yang seimbang akan memastikan susu yang terhasil benar-benar berkualiti. Jadi, tak ada istilah pantang dengan cara mengurangkan jumlah makanan yang diambil/diperlukan.

Mari kita lihat senarai resepi makanan pantang itu. Saya suka resepi di bawah, dan disebabkan saya sendiri  yang sediakannya, saya masih boleh makan apa yang saya suka mengikut selera saya sendiri pada waktu pantang.

IKAN

Tak ada faktor tertentu yang menyebabkan pemilihan jenis ikan. Saya berada di luar negara dan harus memilih ikan yang sedia ada serta murah. Kalau saya di Malaysia, sudah pasti ikan haruan dan belut ada dalam menu saya.

1. Ikan makerel

  • Pastikan ikan paling besar, di siang dan di belah seperti rupa ikan kering.
  • Untuk bahan marinate, tumbuk halia, bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan garam (1/4 dari hasil tumbukan), lada sulah, lada hita (ikut citarasa masing-masing) secukup rasa.
  • Lumur pada ikan dan sejuk beku terus.
  • Cara masak, bakar atas grill pan.
  • Jangan lupa tulis nama makanan dan tarikh sejukbeku.

2. Salmon

  • Belum pasti resepi apa

3. Tuna

  • Belum pasti resepi apa

4. Panga filet

  • Belum pasti resepi apa

5. Sardin

  • Belum pasti resepi apa

AYAM

1. Dada ayam

  • Marinate style ayam berempah dengan kunyit, halia, bawang putih, serbuk jintan dan serbuk ketumbar. Bakar dalam oven.
  • Marinate style peri-peri iaitu dengan bawang putih tumbuk, serbuk lada dan serbuk paprika. Bakar dalam oven.

2. Seekor ayam

  • Sup ayam
  • Marinate style ala hainan dengan halia, bawang putih, garam dan minyak bijan. Cara masak adalah stim.
  • Untuk seekor ayam, marinate style nasi ayam dengan 6 sudu kicap manis, 3 sudu kicap masin dan 3 sudu madu. Bakar dalam oven.

DAGING

  • Singgang daging
  • sup daging

SAYUR

  •  Sup sayur
  • Brokoli stim
  • pak soi stim

BUAH-BUAHAN

  • Epal
  • Limau/ mandarin
  • Mangga

ALATAN LAIN

  • Saya juga membeli pinggan, mangkuk, sudu dan garfu plastik untuk kegunaan minggu pertama. Agak leceh nak basuh pinggan, jadi alternatif untuk itu kami akan gunakan perlatan pakai buang.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: