Suamiku sambung master (lagi?) dan PhD.

Rezeki baby. Alhamdulillah.

Sebenarnya situasi suami saya sangat berlainan dengan saya. Saya harus (wajib) habiskan PhD atas sebab dapat biasiswa dari UPM. Suami pula tak berminat nak jadi pensyarah, tak berminat nak menempuh kesusahan (seperti yang dia tengok saya sedang lalui) dan merasakan diri sudah tua untuk sambung PhD.

Minggu lepas bos besar dia telefon dan katakan padanya ada biasiswa di UTM untuk sambung master dan PhD. Memandangkan suami memang penyelidik dan sudah buat banyak penyelidikan (yang tidak direkod/tulis dengan baik), maka bos dia kata, ok buat dalam masa 6 bulan ni apa yang kamu pernah buat hari tu dan 4 bulan terakhir kamu tulis master thesis. Senang je bunyinye.. suami saya, ok lah. Tak banyak karenah sebab dah dapat biasiswa kan, apalagi, ambil je lah. Sebelum ni memang dia bayar sendiri tapi sebab jarak jauh dia dari supervisor (arwah Dr Marzuki) dan atas sebab kematian arwah, jadi master terbengkalai. Kami rasakan tak perlu bayar lagi, berhenti dulu master, tumpukan pada anak pertama (sekarang kedua pulak), nanti balik Malaysia baru sambung.

Saya ada tanya suami macam mana PhD nanti? Dia masih tak serius. Perlu ke saya galakkan, atau perlu ke saya beri dia sendiri ruang untuk berfikir. Salah satu sebabnya, suami seharusnya menjadi tunjang ekonomi keluarga, dan bukan saya. Oleh itu, sukar untuk sesebuah keluarga berdiri dengan baik sekiranya suami tidak dapat memberikan sejumlah nafkah bulanan (almaklum biasiswa PhD sahaja, tanpa bekerja tetap dapat berapa je). Rumah dan kereta masih kami belum beli. Itu membuatkan saya tak berani nak masuk campur.

Jadi, saya galakkan dia menuruti perancangan master sebab tempohnya setahun (mungkin 1 tahun setengah). Untuk sambung PhD tanpa bekerja, mungkin bila pulang ke Malaysia kami akan berfikir semula.

Semoga Allah memberikan kami petunjuk dan jalan yang sebaik-baiknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: