Alhamdulillah, boleh sambung setahun lagi ;p

Berita baik tatkala kandungan mencecah 37 minggu.

Alhamdulillah, biasiswa saya berjaya diselaraskan dari 3 ke 4 tahun. Sangat gembira. Jadi boleh uruskan pemanjangan permit menetap serta bolehlah meneruskan objektif ke 4 dan ke 5, harapnya dengan baik dan tak ada halangan.

Agak teruja nak habiskan PhD, dalam masa yang sama takut sebab saya buat keputusan untuk mengandung pada waktu yang sama. Tapi saya sematkan dalam diri bahawa kalau saya dah berusaha, dan Allah mengizinkan, kalau itu rezeki saya, pastinya itulah rezeki saya. Lambat aatau cepat saya tak tahu, harapan saya Allah permudahkan segala urusan tahun terakhir saya.

Saya jangkakan akan mengalami stress untuk habiskan objektif 4 dan untuk menulis/ membukukan thesis. Jadi saya harus berfikir apakah langkah seterusnya selepas melahirkan anak saya. Suami sangat teruja menyambung master sekarang dan dia nampak bersemangat (lebih bersemangat dari saya.. ayoo) menelaah buku untuk meneruskan masternya yang tergendala baru-baru ini. Saya pula yang iri hati sebab dia boleh baca buku sambil jaga anak.. T T (malukan saya!). Katanya, asalkan master dapat siap sebelum kita balik dah puas hati.

Untuk tidak mahu impian masing-masing tergendala, saya rasa agak bertanggungjawab juga. Suami tak mahu beli kereta walaupun ada peluang nak beli. Saya nak beli sebab nak senangkan urusan hantar Ain ke sekolah (3km dari rumah) dan suami boleh bawa adik Ain bersekali masa menjemput Ain. Jadi tak perlulah saya balik hari-hari hanya sebab nak jaga baby. Suami tak mahu bawa baby baru (lepas umurnya 6 bulan sy nk speed up sikit) naik basikal lepas baby boleh duduk. Ini disebabkan dia trauma kerana pernah kemalangan dengan kereta selepas menjemput Ain dari sekolah. Disebabkan kemalangan, suami masih lagi ke physioterapi, dan Ain pula tiba-tiba tak dapat berkomunikasi dengan baik. Cikgu sekolah itu agak keberatan membenarkan Ain bertukar ke sekolah yang lebih dekat sebab katanya prestasi ain tiba-tiba menurun. Terhimpit dengan situasi ini, saya agak buntu. Jadi cara alternatif adalah jual basikal Baboe (basikal dengan tayar 3), cari basikal elektrik dan tarik fietskar kat belakang. Sekarang tengah cuba cari yang second hand. Jadi kalau saya yang terpaksa uruskan baby dan ain, masih mampu lagi. Hari tu masa kemalangan, agak sedih dan trauma juga. Menangis masa tengok dua orang balik dalam keadaan ketakutan. Saya tak mampu bergerak kemana-mana dan terpaksa bergantung dengan ramai orang untuk uruskan itu ini.

Saya ni tengah berusaha merancang itu ini sebab bercuti agak lama sebelum beranak.

p/s: InshaAllah, semoga Allah berikan kami keselamatan, melancarkan proses kelahiran dan semoga PhD saya dan Master suami dipermudahkan.


3 responses to “Alhamdulillah, boleh sambung setahun lagi ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: