Terima kasih ya Allah.

Alhamdulillah. Boleh berjumpa dengan Ramadhan Al-Mubarak lagi ;). Rasa sangat gembira dengan kesempatan ini. Panjang umur saya lagi. Ini adalah kali ke6 saya meraikan Ramadhan di Belanda. Sudah sinonim dengan waktu yang panjang serta tiada keriuhan bazar Ramadhan seperti di Malaysia. Yang ada adalah kudrat saya sendiri untuk menyediakan makanan khas buat keluarga.

 

Bercakap tentang Ramadhan, sememangnya saya amat gembira dan teruja bekerja bulan mulia ni. Salah satu sebabnya doa kita pada bulan ini lebih senang dimakbulkan. Jadi saya mengambil peluang bekerja dan berfikiran positif selalu disamping mendoakan yang baik-baik untuk perjalanan PhD saya. Halangan ini harus saya atasi dengan baik, mungkin tak cemerlang tapi siap lebih baik dari terbengkalai kan.

 

Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan saya. Barangkali disebabkan ibu bapa saya datang ke sini tempoh hari selepas itu semua kerja menjadi lancar. Bahkan dalam masa sebulan lepas saya mula bina model baru ini, saya dah boleh dapatkan keputusan dari model. Kedua supervisor sangat gembira, teruja, terkejut pun ada melihat kerja saya siap. Bukan itu sahaja, saya berjaya menulis sambil membina model, walau tak sempurna tapi supervisor boleh faham apa saya tulis. Perbincangan dalam mesyuarat juga berjalan lancar dan saya dapat beroleh input berguna untuk terus menyiapkan dan menyempurnakan model saya.

 

Justeru, wajar saya ucapkan kesyukuran yang tinggi. Amin ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih sungguh Ya Allah. Susah bersengkang mata sebulan ni Allah balas terus. Semoga berkekalan harapan saya nikmat ini. Saya juga berharap Allah dapat lembutkan hati reviewer yang menilai paper ketiga saya. Memang berharap agar dapat diterbitkan secepat mungkin supaya saya dapat graduat dalam waktu yang ditetapkan.

 

BUat rakan-rakan di luar sana, ayuh mencuba dan selalu berfikiran positif. Doa banyak-banyak dan juga mohon ibu bapa mendoakan juga untuk kita. Pastikan juga suami dan anak terjaga dan faham situasi kita yang sedang bertarung ni. Keredhaan suami yang paling penting.

 

Jangan lupa ucapkan kesyukuran.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: