Mulakan perkahwinan dengan bebas hutang

Saya memahami beberapa perkara tentang suami saya.

1) Sangat menjaga solat
2) Tidak mahu berhutang
3) Tidak mahu menunjuk
4) Menjaga perhubungan dengan isteri
5) Sedaya upaya menyediakan keperluan untuk kami sekeluarga

Dalam mengharungi rumahtangga selama 7 tahun, saya memang memahami suami saya tidak mahu menjadi orang kaya. Tapi, dia menegaskan dia akan menjadi orang yang akan sentiasa mahu cukup-cukup, mungkin ada berlebih sedikit untuk keselesaan. Manakala saya memang seorang yang boros, tapi sebab suami sentiasa mencukupkan apa yang seharusnya diberi, maka saya seolah nampak bermewah. Alhamdulillah, boleh merasa makan di kedai hari-hari kalau mahu. Boleh membeli apa yang saya mahu, asalkan sepadan dengan diri.

Selepas tidak berkereta selama 5 tahun, nampaknya saya dan suami agak sekufu dalam hal tidak mahu membeli kereta mahal. Kami juga cuba tak berhutang, jadi dengan duit simpanannya selama di Belanda berjumlah RM11,800 suami saya telah beli kereta kecil. Saya pula bertegas takkan menambah duit untuk membeli kereta lagi besar. Kami beli Atos prima 1.1 dari kedai kereta secondhand di jln cheras kajang. Alhamdulillah, kereta itu masih cantik, walau sudah berusia 10 tahun.

Saya memandu kereta itu sambil tersenyum. Menerimanya dengan lapang dada.

Alhamdulillah, suami mampu membelikan kereta untuk saya. Bukankah itu sesuatu yang seharusnya kita puji dan nikmati. Walau ruangnya kecil, saiznya kecil dan pergerakan tidak laju, tapi kerana suami yang belikan kereta itu saya seperti mendapat emas berkoyan-koyan. Sang suami pula masih naik motosikal cabuk yang dibeli masa menjadi pelajar di UTM.

Ini juga seperti pada saat dia melamar saya. Katanya wang sudah cukup. RM5,000 untuk mas kahwin (bukan hantaran). Maka saya berlapang dada menerima. Suami menjelaskan, ini sahaja yang dia mampu selepas bekerja selama 3 tahun, tak berkereta dan bermewahan. Katanya, kalau saya letakkan mas kahwin (seperti bakal isteri kawannya) lagi tinggi sudah pasti dia takkan mampu. Tapi, niatnya sangat mendalam. Dan saya menerima seadanya. Tanpa hutang dan hanya majlis akad nikah sahaja, kami disatukan. Sungguh mudah.

Saya benar-benar percaya kehidupan bebas hutang menjadikan kita lebih tenang dan aman. Tanpa paksaan untuk bekerja kerana mahu melangsaikan hutang kita boleh menikmati hidup. InshaAllah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: