Category Archives: Baby

Laju gear satu!!!!!!!!

Yep..

terkesima bila sv berkata, “I’m worried because its May already.”

“We cannot lose to be rejected again. Its wise to do whatever the reviewer wants.”

Dan saya berusaha masukkan elemen tahun dalam paper ketiga —>

Maka saya buat analisis lagi. Rombak sikit paper untuk submit.

Meski saya baru 2 bulan selepas melahirkan saya mencuba. Penat jangan cakap, tension lagilah.. tapi saya tak pernah menyesal melahirkan bayi comel itu…

 

Ya Allah, permudahkan urusan ku. Amin amin ya rabbal álamin…

 

 


Kelahiran putera kami, Muhammad Anas Dzulqarnain

Sudah masuk umur 14 hari.

Alhamdulillah, Anas semakin membesar dan saya lebih sihat walaupun belum sepenuhnya. Masih perlu bersabar untuk habiskan pantang supaya saya benar-benar berupaya untuk kembali bekerja. Oleh kerana saya semakin sihat, jadi saya terpanggil untuk menulis mengenai kelahiran Anas di bumi kincir angin ini. Saya pernah menulis mengenai pengalaman melahirkan Ain 5 tahun lepas, dan untuk Anas, tak mungkin saya akan lupa untuk mencoret detik-detik kelahirannya.

Minggu 39 bermula

Tatkala kandungan hampir mencecah minggu ke 39, saya semakin gelisah. Iyalah, saya terasa seperti mengandung untuk selama-lamanya dan saya juga merasakan terpenjara di dalam badan sendiri. Saya semakin besar, cepat penat, banyak sakit badan serta banyak bergantung dengan suami atas urusan seharian. Saya juga tak berani ke sana sini seorang diri, bimbang kalau-kalau berlaku benda tak diingini. Sokongan moral suami sangat saya hargai untuk menempuh minggu terakhir ini.

Disebabkan saya semakin tak sabar untuk beranak, bermacam cara juga saya buat. Ini termasuk banyakkan berjalan, juga orang kata memperbanyakkan hubungan suami isteri, bersenam, makan nenas dan segala macam benda disamping banyak baca Al-quran. Tapi rasanya tidur tetap menjadi agenda utama. Seminggu sebelum kelahiran, tiba-tiba Allah memberikan saya suatu tenaga luar biasa serta alhamdulillah saya boleh tidur sepanjang malam dengan lena. Saya mampu ke sana-sini dan mengemas rumah. Saya juga mampu memasak macam-macam. Kemudian tiba-tiba saya sakit pinggang dan tulang pinggul untuk beberapa hari.

Selain itu, seminggu sebelum kelahiran, mucus plug (seperti gam) sudah menunjukkan tanda. Akhirnya, 3 hari sebelum kelahiran, lendir kuning dengan sedikit darah pun kelihatan.

Jumaat, 8 Mac 2013

Ain demam panas sejak 2 hari lepas. Kami berasa sangat risau dengan keadaan Ain terutama pada hari itu sebab Ain tiba-tiba sahaja berkata dia sakit lutut. Bahkan dia terus tak mahu jalan dan kami terpaksa angkat dia untuk ke tandas. Disebabkan AIn tidak sihat, kami bertiga tidur di ruang tamu (sofa kami boleh jadi katil besar) supaya boleh jaga Ain.

Masuk hari Jumaat, itu sudah hari ketiga Ain demam dan seolah tiada tanda akan sembuh. Saya telefon family doctor dan telah berjaya dapatkan temujanji jam 4 petang. Dengan bantuan Amin, kami naik kereta untuk bertemu Dr. Doktor pun risau bila kami beritahu Ain tiba-tiba tak nak jalan dan telah arahkan kami ke hospital untuk buat ultrasound dan x-ray kaki. Ini untuk mengesahkan diagnosis samada influenza (yang mana tiada rawatan susulan dan hanya makan paracetamol dan rehat sahaja) atau patah. Tapi kami harus tiba di hospital sebelum jam 4.30 petang. Alhamdulillah, berjaya sampai di sana dan kami suruh Amin pulang dulu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang buruk melalui pemeriksaan yang telah dijalankan dan kami terus pulang lepas tu.

Oleh kerana tiada bas yang betul-betul berhenti depan rumah (no 86), kami naik bas nombor 88 dan turun di stesen berdekatan pejabat saya di Leeuwernborch. Untuk berjalan dari sana ke rumah saya biasanya dalm 8 minit. Tapi bagi saya seumpama selam-lamanya. Suami perlu memimpin saya dan kami berhenti sekali-sekala sebab saya betul-betul sakit pinggang. Bila sampai di rumah, saya terus terbaring menahan sakit. Lepas tidur rasa ok sikit tapi malam tu saya suruh suami bentang selimut tebal atas katil sofa sebab sakit pinggang dan rasa tak selesa sangat.

Sepanjang Ain sakit, dan disebabkan tenaga menyala-nyala tak tahu dari mana, saya juga mula menonton drama Nora Elena. Saya habiskan drama 28 episod itu dalam masa 3 hari dan tepat jam 1 pagi saya telah berjaya habiskan episod yang terakhir.

Sabtu, 9 Mac 2013

Saya hanya mengubah posisi tidur saya dari mengiring ke kiri kepada ke kanan. Saya memang buat begitu terutama bila terasa kontraksi Braxton Hicks. Kali ini, apabila saya ubah posisi tiba-tiba saya terasa seperti terkencing.

Terdetik di hati, adakah masanya sudah tiba? Rasa gembira sebab air ketuban sudah pecah, jadi doktor tak perlu pecahkan lagi. Terus saya kejutkan suami.

“Bang, bangun tengok air ketuban dah pecah. Cepat ambil pelapik plastik supaya tak kena katil.”  Dalam hati juga berkata nasib baik lapik sofa dengan selimut tebal!!

Suami terus terjaga, dia tengok di dinding jam sudah 5 pagi. Terus ambil pelapik plastik di tepi kaki kami, kebetulan pelapik tu digunakan untuk lapik ain sebab takut dia terkencing atas sofa. Bila dia buka lampu terus dia berkata, “Eh, bukan air ketuban lah. Darah!.”

Saya terus terasa seperti ketulan kecil keluar. Terus saya suruh suami ambil kertas arahan bidan dan melihat bila saya harus telefon mereka. Salah satu catatan memang bertulis kalau darah yang keluar lebih banyak dari darah haid yang normal, maka saya harus telefon bidan secepat mungkin.

Waktu itu, dalam terketa-ketar saya beritahu bidan, ada banyak darah keluar. Bila ditanya berapa banyak, saya beritahu tak pasti dan saya angkat badan sedikit untuk melihat darah atas pelapik plastik. Saya cakap banyak sangat, macam berendam dalam darah. Bidan terus beritahu dia akan datang dalam masa 5 minit.

Pada masa tu, saya cuba nak bangun dari sofa sebab tak nak sofa kotor. Maka suami kena ambil kertas surat khabar dan pelapik lagi banyak-banyak dan lapik atas sofa dan lantai. Sedaya upaya saya mengesot keluar dari katil. Tiba-tiba bidan sampai dan terus bertanyakan keadaan saya. Saya mula rasa sejuk dan lebih banyak terketar-ketar. Saya balas, ok selain dari darah yang banyak tu.

Bidan kata dia agak risau lihat darah yang banyak ni. Katanya saya harus ke hospital untuk mengesahkan saya benar-benar okey. Dia terus mengarahkan saya bersiap, dan kemudian menelefon hospital dan memberitahu perihal saya. Dia kata dia risau kalau-kalau placenta saya yang bermasalah (berdasarkan pemeriksaan sebelum ni, placenta dah naik ke atas). Kemudian dalam masa 5 minit saya sudah berada dalam keretanya. Suami kena berada di rumah untuk temankan Ain yang sakit.

Masih saya ingat, waktu nak tinggalkan rumah memang AIn ada terjaga dan beritahu, “Mama banyoknye darah..”

Suami pula muka nampak konfius.

Kalaulah itu kali terakhir saya jumpa mereka…

Di hospital

Sudah menjadi tanggungjawab bidan untuk membawa kes saya ke hospital. Jadi dalam kesejukan pagi itu, kami tiba di hospital 5 minit kemudian. Setibanya di sana, bidan terus mendapatkan kerusi roda dan menyorong saya ke dalam hospital. Rupanya bidan memang ada pas khas untuk masuk ke dalam hospital. Kelihatan beberapa orang di bilik bersalin dan mereka memperkenalkan diri pada saya sebelum mengarahkan saya berbaring di katil. Terus peralatan untuk mengawasi kontraksi dan degupan jantung bayi diletakkan atas perut saya.

Kemudian datang seorang jururawat berkata, dia akan pasang intravenous cathether pada saya. Kesian, cubaan pertama tak berjaya. Jadi katanya, kena panggil kawan dia yang tahu. Tak lama lepas tu, seorang jururawat lain pula datang dan berjaya pasang cathether. Tak tahu berapa ramai agaknya yang mereka pasangkan IV.. tak seramai kat Malaysia lah kuttt.. sebab tu tak pandai agaknya.

Sepanjang saya di awasi, saya terasa kontraksi yang bagi saya seolah tidak sakit langsung. Saya terus mencapai telefon dan mula bermain instagram, meluahkan perkara yang baru berlaku sebentar tadi. Apabila bateri telefon sudah nak hampir habis, saya sms suami suruh bawa charger telefon. Bidan pula kembali dan bertanya keadaan saya dan memberitahu dia akan pulang sementara saya perlu ditahan di wad. Jururawat pula sudah tidak begitu mengawasi saya selepas melihat kontraksi saya semakin tiada. Selepas beberapa lama saya terus tertidur.

Bila terjaga, jururawat berada di samping saya dan memberitahu saya boleh pesan makanan untuk makan pagi. Dengan menggunakan kemahiran membaca bahasa Belanda, saya pesan macam-macam juga, almaklum selera masih besar. Selepas makan, jam 10 pagi suami tiba membawa beg saya. Saya beritahu suami yang kemungkinan besar saya akan ditahan di wad malam ni. Oleh kerana belum dipindahkan ke wad, maka kami berdua masik dalam bilik bersalin, menonton tv yang sangat besar. Masa tu terasa lambat sangat masa berlalu. Oleh kerana suami terlupa bawa charger telefon dan komputernya, maka saya arahkan dia pulang. Di samping tu, saya suruh dia bawakan nasi dan lauk semalam, singgang ikan tongkol. Perut Melayu ni takkan mampu terima makanan omputeh pada masa macam ni ;P.

Lebih kurang jam 2 petang, suami datang semula. Dan kami dipindahkan ke wad biasa lebih kurang jam 4 petang. Saya suruh suami pulang jam 6 untuk menjenguk Ain di rumah kawan serta untuk bawa nasi. Sepanjang ketiadaan suami, saya baca Al-Quran. Terasa agak syahdu masa tu, dan sunyi sebab walaupun wad tu untuk 4 orang tapi hanya saya seorang dalam tu.

Semasa ke tandas saya nampak arahan dekat pintu menyatakan suami hanya boleh tunggu sampai jam 10 malam (arahan dalam bahasa Belanda). Jadi saya suruh suami datang jam 8 malam, takut-takut suami tak dapat nak tunggu lama-lama. Tapi bila dah dekat jam 10 malam dan jururawat datang periksa saya, saya bertanyakan perihal boleh tak suami saya tunggu malam ni. Katanya, nanti dia akan tanya. Saya dah cukup bersyukur kalau suami boleh ada bersama di situ, walaupun kami berkongsi katil tu. ALhamdulillah, rupanya kami ditukarkan ke wad seorang. Dekat sana dah ada satu katil untuk suami dan katil saya ditolak dari wad 4 orang tadi. Memang sangat bersyukur.

Jam 11 malam, kami tidur. Saya, kepenatan menunggu manakala suami penat menguruskan macam-macam sepanjang satu hari itu. Ahamdulillah, tak terasa langsung kontraksi dan saya betul-betul tidur nyenyak sehingga jam 5 pagi. Masa tu saya terjaga, sebab tiba-tiba macam-macam perasaan melanda. Sedih, takut, teruja. Saya dekatkan diri dengan suami dan peluk dia, memang terasa takut sangat-sangat. Suami mungkin memahami dan tanpa berkata apa-apa dia memeluk saya kembali. Terasa kurang gementar sehinggalah terasa sedikit kontraksi, agak lama dan menyebabkan saya menahan nafas seketika.

Jam 6.30 pagi suami bangun dan mandi. Kemudian, jam 7 pagi saya pula mandi. Waktu saya mandi, saya tak kunci bilik air (bilik mandi ni dalam wad tu juga) sebab takut kalau saya tergelincir ke, jatuh ke, boleh terus minta tolong. Masa tu jururawat masuk ke dalam wad dan bertanya suami saya, di mana saya. Kata suami, saya ada dalam bilik mandi. Jururawat tadi terus buka pintu bilik mandi, dan saya pula yang tengah mandi ni, terkejut tapi nak buat macam mana, takkan nak lari kan, pandang je lah kat jururawat tadi sambil pura-pura mandi lagi. Jururawat tanya, ada darah keluar lagi tak. Saya jawab dah tak de apa-apa keluar. Dia tanya lagi, kontraksi pula macam mana. Saya kata ada lah sikit-sikit. Kemudian, dia cakap pesan makan pagi sekarang. Sebab nak induce pukul 8.30 pagi nanti. Bila dia tutup bilik air, terus saya dan suami gelak besar-besar. Malu derrr…

Kelahiran yang dinantikan

Jam 7.30 pagi saya buat pesanan makan pagi untuk saya dan suami. Banyak saya pesan, sebab dah tahu mesti perlukan tenaga banyak. Alhamdulillah, bila nak beranakkan Ain dulu pun saya sempat makan pagi dan kali ini saya juga berpeluang makan pagi lagi. Jam 8 pagi, saya di tolak ke wad bersalin. Tapi makan pagi belum sampai lagi. Oleh kerana nak menunggu makan pagi, maka doktor beritahu dia akan induce lepas kami makan.

Jam 9 pagi, doktor dan jururawat bersiap-sedia nak mula induce. Doktor minta izin nak periksa bukaan cervix saya (ini kali pertama saya diseluk sepanjang dalam wad ni).

“Oh.. your water has not been broken yet. I will break it for you.”

Masa ni saya terasa nyeri sangat tapi doktor terus cakap, jangan risau, saya hanya akan buat lubang kecil. Perlahan-lahan dia masukkan sebatang alat yang agak pendek dan pecahkan ketuban. Kali ini air keluar tapi tak banyak.

Dan katanya perlahan-lahan, dia nak periksa bukaan serviks saya. “Ohh..your cervix has been dilated between 4 to 5 cm. So you are actually halfway.”

Saya agak terkejut mendengar berita itu. Alhamdulillah, walaupun sudah terbuka tapi saya tidak rasa sakit langsung. Maha suci Allah yang mempermudahkan urusan.

“I will put a small device inside you (masa dia periksa cerviks) to monitor the baby heart beat. So we can monitor the baby from inside and outside ok.”

Selepas doktor selesai, jururawat kemudian mula sambungkan iv pada saya dan katanya sedikit pitocin mungkin cukup untuk induce saya memandangkan bukaan saya sudah besar.

“Now it is 9 am.” Kata doktor wanita tersebut. “I will come back and check you out maybe at 11 am and we will see how it goes, ok.” Sambungnya sambil tersenyum sebelum meminta izin untuk keluar dari bilik bersalin itu. Jururawat juga turut beredar selepas menyudahkan kerjanya.

Selepas mereka beredar, suami menyambung kerjanya di komputer memandangkan bilik bersalin sangat private dan hanya kami berdua sahaja di situ. Saya pula mencapai telefon dan mula menelefon ibu mertua dan ibu saya.

Antara yang saya minta ialah supaya mereka berdoa semoga dipermudahkan urusan kelahiran. Ibu mertua saya bertanya, bila agaknya saya akan melahirkan. Saya balas, mungkin petang lah kot baru keluar sebab Ain dulu pun saya menunggu lama. Ini sebab tak mahu berikan harapan bahawa anak akan lahir dalam masa terdekat.

Bila telefon ibu saya dalam jam 9.20 pagi, waktu berborak dengannya, saya sudah terasa kontraksi. Jadi saya tergelak masa berbual dengannya dalam masa yang sama menahan kesakitan juga.

Selepas meletakkan telefon, saya mula panggil suami. Saya kata, dah terasa makin sakit. Kemudian saya mula pegang tangannya. Setiap kali kontraksi saya genggam tangannya kuat-kuat seolah-olah berharap kesakitan tu dapat dialihkan kepadanya.

Mula-mula saya masih dapat menahan kesakitan tersebut. Tetapi lama kelamaan, saya sudah mula tidak tahan. Jam 9.40 pagi jururawat masuk kembali dan mengajar saya supaya bernafas melalui hidung dan kemudian keluarkan nafas melalui mulut bila kontraksi. Saya pula semakin tidak fokus dan mula menangis setiap kali kontraksi.

Jam 10 pagi, doktor datang.

Katanya,” Its going very quick for you. Do you think it is very painful now?”

Saya angguk.

“Do you think I can check how big your cervix has been dilated?”

Saya angguk lagi.

Dalam kesakitan, saya tabahkan diri bila doktor mula menyeluk saya lagi (antara perkara yang saya cukup benci bila beranak).

“Owh, you are 7cm dilated.. ” dan kontraksi datang. “Owh its now 8cm dilated no. You are doing very good.” Masih terngiang kata motivasi beliau.

Datangnya kontraksi yang maha sakit ini, semakin kuat genggaman tangan saya pada suami. Hampir kebas dibuatnya. Tangisan pun makin kuat dengan linangan air mata yang amat banyak. Saya benar-benar dalam kesakitan. Macam-macam difikiran saya, salah satunya kenapalah saya nak mengandung dan beranak. Lagi satu, inilah kali terakhir saya akan beranak sebab sangat sakit sungguh.

Dan dalam pada itu, jururawat dan doktor mengajarkan saya supaya bernafas dan fokus dengan teknik pernafasan saya.

“Do you want me to stay here?” Tanya doktor pada saya. Saya angguk.

Masih saya ingat, di kanan katil memegang tangan saya adalah suami. Di kiri katil seorang jururawat dan dihujung katil, sebelah kanan, doktor itu duduk dan memberikan kata-kata motivasi. Setiap kali kontraksi, saya yang tak keruan selalu ditenangkan oleh mereka bertiga.

Bila kontraksi terhenti, masing-masing rileks dan ambil tenaga untuk kontraksi seterusnya.

“If you think you want to push, or if you feel like there is something coming out let me know ok.”

Saya angguk, tak terdaya menjawab dengan suara sebab kesakitan.

Jam 10.20pagi, saya rasa sangat sakit dan seperti ada sesuatu mahu keluar. Saya pun beritahu suami, saya nak push. Suami terus beritahu doktor, ” I think she wants to push.”

Doktor terus bersiap sedia. Dia terus ambil tray dan letakkan di hujung katil berdekatan kaki saya. Waktu itu, suami ajarkan saya cara bernafas dan berselawat dan berzikir. Saya cuma ikut sahaja. Yang saya ingat juga bila datangnya kontraksi, memang tangisan saya sungguh kuat sambil mengucapkan sakitnya, sakitnya, dan genggaman tangan juga makin kuat.

Jururawat pula mengajarkan saya bernafas.

“When contraction come, just breat in through your nose and let it out by mouth. Breath in.. and out ok.. breath in and out..”

Jam 10.33 pagi, saya mula dibenarkan untuk meneran.

“Now you have to lift your legs. Chin down. You have to do it like that, its better for you and the baby.”

“Use the contraction to push ok.”

“Remember to breath in through your nose and out.. when contraction come”

Dan bila kontraksi datang, saya bernafas melalui hidung dan keluarkan melalui mulut, seolah seperti nak batuk, dalam tigak kali batuk yang panjang sambil meneran.

Bila saya tak boleh fokus, suami turut mengajarkan saya bernafas. Dan bila saya mula tak keruan kembali, suami menyuruh saya berselawat dan.. saya.. menangis.. subhanallah sakitnya.. sakitnya.. bergerak-gerak seluruh tubuh saya menahan kesakitan.

Bila suami rasa tak sampai hati melihat saya kesakita, dia mula mencium dahi saya.. dan saya merasakan kasih-sayang yang tak terhingga

“Push again.” Kata doktor bila merasakan kontraksi saya tiba.

“You are doing great. I can see the head now. He got black hair.. definitely.” Ujarnya lemah lembut.

“Another push and I think he is out.”

Saya fikir dalam hati, dalam nada sinis, biar betul doktor ni. Suami juga rupanya berfikir yang sama. Sebab saya baru dua kali meneran!

Kali ketiga meneran, doktor mula beri motivasi. Terasa teranan saya juga makin kuat. Tapi saya berhenti teran bila tak terdaya dan jururawat berkata,” Don’t stop pushing. Push again immediately.”

Kali kedua teran terasa seperti saya akan meneran selama-lamanya. Kesakitan tu tak terucap dengan kata-kata dan saya hanya meneran, menggenggam erat tangan suami dan jururawat sekuat hati.

Kali ketiga teran, terasa teranan ini kuat dan panjang sehingga kehabisan nafas.

“You are doing great, you are doing great.”

Saya pula berfikir, potong sajalah (episiiotomy). Tak terdaya menahan dan menunggu ni.

Dan kemudian, jam 10.42 pagi, selepas 7 minit meneran, Anas keluar dan terasa lega. Ya Allah, leganya..

Kemudian terus Anas diletakkan atas dada saya. Dia menangis serta-merta. Tubuhnya sangat hangat. Terus saya peluknya dan mendekatkan pada dada untuk disusukan.

Dalam pada itu doktor menunggu placenta saya. Kata doktor placenta tak keluar dan menyuruh saya meneran dan berdehem. Saya memang tak larat nak meneran, jadi doktor terpaksa seluk dan bila ada kontraksi terus saya teran dan alhamdulillah keluar placenta, terus terasa kosong perut saya.

Suami pula terus rasa nak pitam sebab bau placenta sangat busuk.

“Looks like you need a bit of stiches. Hmm maybe 3 stitches.” Alhamdulillah, gembira sangat tak banyakk jahitan.

Bila disemburkan local anesthetic, baunya semerbak dan suami kata barulah tak rasa nak pitam.

Kemudian, doktor memberikan arahan pada suami untuk potong tali pusat Anas. Alhamdulillah.

Jururawat menimbang Anas, owh 3.017kg. Alhamdulillah.

Suami ambil Anas dan terus di azankan. Alhamdulillah.

Selepas itu, doktor ucapkan tahniah dan minta izin untuk beredar.

Kemudian suami bantu saya mandi, bantu saya ke katil, bantu saya mengambil bayi.

Dan saya mengucapkan Alhamdulillah.

Alhamdulillah diberi peluang melihat zuriat kedua kami, Muhammad Anas Dzulqarnain.


our baby has arrived

 

 

7320130312-111039.jpg