Category Archives: Malaysiaku Terchenta.

Kadang-kadang kita lupa

Sangat bersyukur abang ipar stabil selepas kena serangan jantung 3 hari lepas. Rasa sangat sedih bila bangun hari tu dan baca di wall FB abang ipar kena serangan jantung.

Penyebabnya ; Kolesterol tinggi dalam darah telah menyumbat saluran darah, seterusnya kekurangan oksigen ke jantung.

Abang ipar katanya ke masjid untuk solat malam tu, tapi pulang awal dan mengadu sakit dada. Kakak saya urut dan tanyakan dia sakitnya macam mana. Katanya sangat sakit, tak pernah macam tu. Jadi dengan sabar dan nada tak panik, kakak saya call abang iparnya dan suruh bawa ke hospital.

Kata abang ipar, “Rasa macam nak mati.”

Doktor kata memang serangan jantung. Alhamdulillah, nasib baik jantung tak cedera dan lepas rawatan abang ipar pulih. Tapi banyak pantangnya agar serangan tak berlaku lagi.

PALING kena jaga, makan.

Kakak saya kata, tu lah perkara paling susah nak suruh abang ipar saya buat. Tambah2 musim cuti sekolah ni, kakak saya masak benda berminyak, berlemak kaw kaw punyer. Bunyi seolah nada bersalah.

Kedua, ada alasan dah kena BERHENTI merokok.

Kakak saya kata, memang lah susah juga bab ni. Tapi doktor ada perli abang ipar saya. Ya lah, dahlah orang termuda dalam wad tu kena serangan jantung. Sengih2 kerang busuk abang ipar saya.

Bila jadi macam ni, saya rasa orang paling terasa tentu isteri-isteri sebab pertamanya tak menjaga apa yang keluarga kita makan.  Keduanya, kena monitor tahap kolesterol sebab nampak gaya keluarga saya walaupun kurus2 tapi kolesterol dalam darah tinggi. Saya dan suami akhirnya sama setuju untuk mula makan secara sihat. Saya juga kena berusaha belajar masak masakan yang kurang berlemak.

Tapi bila mengakhiri perbualan dengan kakak saya katanya,”Hmmm masa sakit ni lah nak pantang. Dah sihat lupa balik.” Jadi persoalan, kenapa kita bila sihat lupa segalanya?

Mungkin kena dengar lagu Raihan, “Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara”.

p/s: Alhamdulillah, berkat doa semua, abang ipar dah ok. Tapi tak boleh bergantung pada doa dan tawakkal je, harus (wajib) usaha dulu bersungguh-sungguh!!

Advertisements

Doa seorang ibu.

“Biar tak banyak duit, asalkan makanan diberi pada anak adalah Halal.” Kata suami aku.

Asal perbincangan kami hari ini berkisar pada

Jangan anggap aku tak menyokong produk buatan Malaysia. Sebenarnya bila aku membaca iklan ini, aku rasa agak skeptikal. Jadi aku ajukan persoalan pada suami. Adakah kalau memberi susu ini pada anak kita, kita akan menghasilkan anak yang benar-benar solehah?

Soalan aku lagi, adakah kita semua amat sibuk untuk mengajar anak membaca al-quran hinggakan bahan makanan perlu diletakkan terapi Al-Quran? Sama juga dengan air terapi ayat Al-Quran, adakah kita tak ada masa nak baca Al-Quran yang nilainya adalah pahala dari Allah berganda-ganda kalau membacanya hinggakan perlu sedemikian rupa berebut-rebut nak minum air itu?

AKu berkata pada suami, perlu ke letak terapi ayat Al-Quran dalam produk bila mana kismis, badam dan kurma sudah mencukupi untuk aku membeli produk tersebut.

Lantas suamiku berkata, sebenarnya kalau nak dijadikan cerita, kurma dan madu sudah memadai. Di zaman Rasulullah SAW, Rasulullah SAW amal makan kurma dan madu aja.  Anggur kalau nak kira bukan ditanam di negara arab pun. Anggur ni asal dari negara Turki.

Sambungnya, terapi ayat Al-Quran pulak macam orang sembahyang hajat la letak air kat depan. Pastu air tu untuk diminum. Tapi sebenarnya, paling elok sekali yang nak berhajat tu sembahyang sendiri.

Lantas aku tanya, “Habis yang bawak pen gi mintak Tok guru doa tu apa?”

“Owh, itu mintak berkat. Tapi tak semua macam tu kan. Ada sesetengah orang berlagak, sampai telaga pun diludahnya. Konon2 barakah.” Jawab suami.

Bagi aku, perlu ke? Sedangkan sendiri pun boleh solat hajat memohon pada ALLAH SWT agar dipermudahkan segalanya.

Berbalik pada perbincangan kami pula.

Aku berkata,”Bang, harganya RM48 untuk 650g.”

“Owh, mahalnye. Kalau abang, rasanya tak beli dah. Abang tak ada duit”

“Abang rasa, yang penting sumber makanan tu mesti pastikan halal. Sebab tu jangan nak ngelat masa kerja,  kerja ikut gaji atau amanah yang diberi dan takpelah tak kaya, janji sumber berkat. Lepas tu tak kisahlah kasi apa pun kat anak, yang penting halal. Pastikan didikan ibu bapa pun seiring dengan kehendak nak lahirkan anak solehah. Faham tu. ” Kata suamiku.

Nampak gaya aku pun setuju dengan kata-kata suami.

Dan akhirnya suami berkata, “Tapi tak salah nak beli. Sebab itu salah satu usaha kita untuk melahirkan generasi Islam yang berakhlak mulia.”

p/s:  AKu rasa kalau usaha nak masak di rumah adalah lebih baik bukan sahaja untuk anak tapi suami/ isteri. Sebab masa tu bolehlah nak terapi dengan doa dari seorang ibu/ isteri /suami moga anaknya dapat jadi anak yang solehah dan semoga suami /isteri kekal berkasih dengan kita. Lagi kelass… 2 in 1 gitew!


Denmark dan polisi ayam halal.

Sewaktu aku berada di SVEPM, 2011, aku berkesempatan berborak dengan Sharmaine, teman dari Bangladesh mengenai sektor ternakan ayam di Denmark. Katanya, disebabkan Denmark adalah pengeksport ayam terbesar ke negara UAE, maka mereka telah menukar polisi rumah sembelihan ayam kepada sembelihan ayam halal. Jadi di Denmark, kesemua ayam adalah halal. Tak adalah masalah nak cari ayam halal, dan harga ayam taklah mahal seperti di Holland ni.

Bila aku google dalam internet mengenai polisi tersebut, aku terjumpa website ini dan aku paste kan di bawah mengenainya.

http://danishmeat.eu/DMRI/Knowledge_abo/Slaughter_of_/Halal_slaught.aspx

Halal slaughter

The Danish poultry abattoirs have over the years been asked about halal slaughter by consumers. The questions from the consumers and the media on halal slaughter are often about how it is done; particularly whether the chickens are stunned prior to the slaughter. Many also wish to know how the connection is between the Danish poultry industry and the Muslim organisations that certify that the chickens have been halal slaughtered.

How is halal slaughter done?

It is important to start by stating that the slaughter method for poultry is exactly the same regardless of whether it is halal slaughter or not.

One of the misunderstandings about halal slaughtered poultry is that it is believed that the animals are not stunned prior to slaughter. This is not the case; all poultry must, according to the law, be stunned prior to slaughter. Poultry can, in very special circumstances, be slaughtered without stunning, but this is not practiced at poultry abattoirs that are members of the Danish Poultry Meat Association.

The poultry is stunned to achieve an unconscious condition by transfer through an electrified water bath. The current must not be strong enough to kill the animal.

Both neck arteries of the animal are severed after the stunning to ensure fast death and de-bleeding. The slaughter is done manually or with a rotating knife.

The slaughter must, according to the law, be observed by an abattoir operator to ensure that the animals do not suffer unnecessary harm. At Danish poultry abattoirs these operators are Muslims.

When slaughter starts, and every time there has been a break, the Muslim operator says a prayer to himself. It says in translation: “In God’s name. Allah is the greatest”. This is the only factor by which halal slaughter differs from ‘ordinary’ slaughter.

Why is halal slaughter used in Denmark?

Danish poultry is halal slaughtered because large quantities are exported to Muslim countries. It is not known at the time of slaughter where the poultry is to be sold. The slaughter method does not differ from what would be done for export to non Muslim countries. It is therefore most practical to halal slaughter the complete production.

Will the Danes have to pay for the halal labelling?

The customers in Denmark and other non Muslim countries do not pay extra for halal slaughtered poultry.

When poultry is exported to Muslim countries it must be accompanied by a certificate guaranteeing that the meat is halal slaughtered. The certificate is not free of charge and must be signed by a Muslin organisation in Denmark. The Danish poultry abattoirs use two Muslim organisations that can issue such certificates: Islamic Culture Centre and Muslim World League.

The extra cost for these certificates is paid by the importers in the Muslim countries. Non-Muslim countries do not require this certificate, and there is therefore no extra cost for importers in these countries or Danish supermarkets for buying halal slaughtered poultry meat. Consumers in Denmark and other non Muslim countries thus do not pay more for halal slaughtered poultry.

Is it possible to get poultry that is not halal slaughtered in Denmark?

Vellingegaard Slaughterhouse is the only member of the Danish Poultry Meat Association, which produces poultry exclusively for the home market. Therefore it does not perform halal slaughter.

Ulasan aku:

Bila diteliti proses semasa menyembelih, rasanya tak tumpah seperti di kilang pemprosesan ayam AYAMAS (KFC). Sebab di sana juga menggunakan electrified water bath. Tapi di kilang ayamas, setiap ekor ayam disemebelih secara manual dan bukan menggunakan rotating blade. Jadi aku tak boleh nak bayangkan cara rotating blade digunakan. Yang aku tahu, kalau buat secara manual, ayam akan disembelih lepas digantung dan disebabkan ayam dah lemah tak adalah ayam tu nak terbang sana-sini.

Kemudian aku dan suami debatkan adakah ayam itu halal kalau gunakan stunning gitu? Kami berpendapat halal atas sebab electrified waterbath tu patutnya voltan sangat rendah dan hanya menyebabkan ayam pengsan dan sebab utama ayam mati adalah kerana disembelih secara halal (Lepas stunned). Tapi itu tak bermakna kami menerima stunning electrified bath. Kami berdua menolaknya atas sebab perkara itu sebenarnya menyiksa ayam terbabit sebelum mati sebab tujuan sebenar sembelihan secara halal adalah untuk mengurangkan waktu haiwan tersebut dalam kesakitan. Kalau ada siapa2 yang boleh beritahu stunning tu tak menyiksakan, silalah berbuat demikian.

Kemudian, kami berdua rasa teruja dengan polisi Denmark atas sebab sekiranya ini turut dilaksanakan di Malaysia, ia boleh mengurangkan penipuan mengenai status ayam halal di Malaysia. Malaysia sudah memenuhi kuota pengeluaran ayam, kenapa tidak juga mengeluarkan ayam halal dan bukan sijil halal semata-mata. Kami berpendapat, di Malaysia, patutnya ayam yang dihasilkan berstatus halal. Oleh itu, seharusnya bukan Ayamas sahaja yang berkecimpung dalam perkara ini bahkan kerajaan perlu membina abattoir untuk mengeluarkan ayam berstatus halal. Ini rasanya bukan sahaja boleh menjamin status halal bahkan ayam terhasil lebih bersih dan tidak mudah rosak. Mengikut kajian, ayam yang disembelih secara halal tidak cepat rosak sebab semua darah sudah terpancut keluar. Darah seperti yang diketahui adalah medium terbaik untuk bakteria membiak.  Jadi dalam hal ini, seluruh pengguna mendapat manfaat dan bukan itu sahaja, industri makanan (hotel, restoren, pemprosesan makanan) akan turut mendapat manfaat dari polisi ini.

p/s: Malaysia negara Islam, patut bukan ada sijil halal, tapi sijil haram!