Category Archives: Memories

Menghapus jejakmu.

Terima kasih pengirim e-mel. Ini jawapan saya 😉

 

Advertisements

Sama ngan Áin

Gambar tahun 1987, masa umur 6 tahun. Koir sekolah tadika Gerak Khas, Kem Terendak, Melaka.  Ada muka macam Áin tak budak paling depan, baju kurung coklat, bunga2 tu sebelah budak lelaki baju kotak?


Rindu laa…

“Masa sekolah rendah dulu, semua budak perempuan lebih teror dari abang. Abang ni kiranya selalu dapat nombor 10 gubak (last).”

Saya tengah gosok baju. Pening kepala pun ada fikir kerja tak siap. Saya balas kata-kata suami, “Memang macam tu pun. BUdak perempuan memang cerdik masa sekolah rendah.”

“Pelik betul kan. Abang rasa sebab bila masuk sekolah menengah, budak perempuan nih gatal sikit.” Kata suami lagi.

“Amboi-amboi!!!,” marah saya.

“Abang sorang je tak penah mengorat!.” Sambung saya lagi. “Genyeh ngan seterika baru tau!.”

Suami gelak-gelak. Sedap betul dia buat pandangan macam gitu.Mentang-mentang memang betul pun saya gitu, apalagi terasa weh.. terasaaaa…

p/s; Cerita dulu-dulu buat apa nak ingat. Itu semua dikira pengalaman yang banyak mengajar erti menghargai perasaan.